Selamat datang ke blog saya..Segala apa yang terdapat dalam blog ini hanyalah sekadar perkongsian dari diri ini

Thursday 23 May 2013

Di mana suamiku???

Sejak PJJ dari 15/5/2013 en.suami langsung xboleh nk balik sebab ada kursus selama sebulan lg di tempat lapor diri.Jadi hanya call n sms sahaja menjadi penghubung antara umie n en.suami..Sejak pergi sampai lah ke sekarang..Call pula selang sehari..Baru la best..Rindu sangat2 ni..Dah 9 hari tak bertemu muka..Malam td msj mcm biasa je sampai la pukul 12 baru tido..Tanya en.suami dapat balik x minggu ni sbb cuti 3hari..En.suami pun xpasti lg dpt balik ke x..Apa2 info akan diberitahu hari ini..Jadi mmg tertunggu-tunggu la..

Tapi hari ni langsung xda msj dr en.suami..Sebelum ni tiap2 tengah hari akan dapat msj dari en.suami.Tapi hari ni senyap je.Tiada sms sperti biasa..Umie kisah sangat time tengah hari 2.Mungkin en.suami sibuk.Jd xda hal la..Balik keje td sampai rumah je,terus msj en.suami..Nak tahu la dapat balik ke x ari ni.Lgpun esok sampai ahad kan cuti.Tapi xda di balas..Dok pikir mungkin en.suami solat ,xpun g riadah sbb sblum2 ni ptg slalunya ada riadah...Xlama lepas 2 umie msj lg.Masih xberbalas..Slalunya kalau tngh riadah skalipun e.suami tetap akan balas juga bgtau..Muskil ni..Dalam 15 minit kemudian umie msj lg..Hasilnya tetap sama..Dok tunggu2 sampai magrib pun xda juga..Pelik betul la..

Dalam jam 8.30 msj semula kpd en.suami ,tapi masih tidak berbalas..Entah kenapa..Kemudian msj lg,n mesej lg tetap xberbalas..Hati ni dah mula risau..Dok pikir mcm2...Abg p mana?Apa jd??Kat mana suamiku ini...Dah mesej xberbalas jadi umie call en.suami..Risau juga kalau ada apa2 terjadi..Tapi panggalan tak dijawab...Ya ALLAH...Kat mana suamiku ini..Kenapa xbls msj,kenapa xangkat call..Mlm td msj xda bgtau pape pun..Da gtau kna p mana2 ke,kena wat ape ke...Mmg buat umie risau betul la...Balik ke??Kalau balik xkan xsampai2 lg...Kalau balik mesti dah en.suami dah bgtau boleh balik..Tapi senyap tanpa berita..Dah call berkali-kali pu tetap xdiangkat..Kenapa ni??Tolong la..1 mesej pun dah cukup untuk hilangkan kerisauan ini..
Semoga semuanya selamat~

Sunday 19 May 2013

Set Permata Hatiku


Cerita ini diambil dari blog http://honeykiut.blogspot.com @ Coretan K.A.M.I..Sekadar perkongsian untuk rakan2 TTCian semua

Lepas je kejadian Ectopic Pregnancy tu, serius aku mmg rasa fobia. Risau kalau mengandung semula, ektopik jadi lagi. Hband suh rest lama. Tapi, aku bgtau hband kalau lama sgt rest, faktor umur pulak. Makin meningkat umur, peratus kesuburan lak makin rendah. Tambahan pulak aku cuma tinggal sebelah je tiub. Jadi aku ambil keputusan utk hamil semula selepas 2 thn pembedahan itu. Dalam masa yg sama, aku cuba gak rawat rahim aku supaya subur dan supaya tiub lagi sebelah x bermasalah. Mula-mula aku makan produk Nona Roguy. Minum akar herbanika ngan madu. Pastu ambik phytonatal. Dalam 1-2 bln gak lah dok menelan. Dlm masa yg sama aku tanya pakcik Google :) kot2 ada produk utk kasi subur dan mendapat anak tanpa bermasalah. Aku jumpa produk khasiat bumi trading. Nama produk tu Set Mendapat Anak. Tapi skg dah tukar nama. Set Permata Hatiku. Barulah sedap sikit nak sebut. Apa yg buat aku rasa nak cuba sebab dalam khasiat set tu ada mengatakan utk elak kehamilan luar rahim. Selain berdoa, x salah utk aku berusaha.
Ni rupa produk tu....

Packaging baru yang lebih cantik serta meyakinkan

Tapi dulu masa aku beli, x de jual mcm ni... Skg box pun dah cantik, cuma kalini suami isteri kene makan. Masa dulu, aku hanya beli utk aku je...lagipun hband x de masalah so malas ler nak suh dia mkn. Lagipun org lelaki bukan suka mkn2 benda mcm ni. Botol masa dulu2 pun x cantik mcm la ni...cuma harga dulu lebih murah dari skg tapi sesuai lah ngan packagingnya... :)

Set ni utk kegunaan sebln. Dekat 2 set gak aku guna baru lekat. Tiub pun tinggal sebelah makanya x dptlah aku agak bln yg mana aku subur. Sebab, aku hanya subur 6 bln dalam setahun berselang seli. Paham ke ye?? Camni, katakan bln ni aku subur, bln depan aku x subur. Mana x nya, camna ovum nak kuar klu jalannya x de??? Hanya ovum di tiub lg satu je dpt jenjalan sementara menunggu kehadiran Sperma heheheh :). 
Bln pertama cuba, x lekat. Period dtg aku frustt sesangat. Masa ni barulah aku mengerti perasaan seorg wanita yg inginkan anak. Aku berdoa dan bersyukur kerana Allah masih memberi aku peluang mempunyai 2 org anak sebelum Ektopik. Aku berdoa bersungguh2 supaya Allah memberikan peluang sekali lagi utk aku merasai manisnya pengalaman hamil dan bersalin. Aku memohon ampun agar kesilapan serta dosa-dosa aku diampunkan. Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku. Bln ke 2 aku try set tu, akhirnya aku hamil semula. Walaubagaimanapun, perasaan takut kembali lagi. Risau embrio x dok dlm rahim. Terus aku ingat balik Doc penah pesan klu hamil semula cpt2 scan utk mengetahui kedudukan janin. Bukan apa jika x de dlm rahim boleh bertindak awal tanpa perlu melakukan pembedahan. Hanya menggunakan teknik Laparoscopy.
Nanti aku citer pengalaman scan lak.

Botol yang lama
Berikut adalah Ciri-ciri Set Permata Hatiku :
1 botol kapsul C-Hat Ceria untuk isteri
Mengandungi 40 Biji Kapsul
Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia(MAL 08021520 T)

    Kandungan :
  • (Terung kemar)
  • (Mas cotek)
  • (Dukung anak)
  • Lakum (Ubi Kertas)

  • Khasiat :
  • Menambah Kesihatan Wanita. Ini Kerana Wanita Lebih Mudah Hamil Apabila Kesihatan Dalam Keadaan Baik.
  • Membersih dan Menyuburkan Rahim. Apabila Keadaan Rahim Bersih Dan Subur, ianya Dapat Menghindari Bakteria Yang Boleh Mengganggu Proses Kehamilan.
  • Menguatkan rahim untuk memastikan kandungan kukuh
  • Melegakan keputihan dan senggugut
1 botol kapsul Lelaki SP untuk suami
Mengandungi 60 Biji Kapsul
Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia(MAL 07124654 T)

    Kandungan :
  • Radix Polyathia Bullata (Tongkat Ali Hitam)
  • Radix Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali)
  • Radix Smilax Myositiflora (Ubi Jaga)
  • Radix Jackie Onata (Aji Samad)

  • Khasiat :
  • Menambahkan tenaga lelaki
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Melegakan lenguh-lenguh badan
  • Mengekalkan kesihatan lelaki
1 botol kapsul L-Hir untuk isteri &
1 botol kapsul L-Hir untuk suami

Mengandungi 60 biji kapsul setiap botol
Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia(MAL 08080420 T)

    Kandungan :
  • (Chasteberry exstract)
  • (Lobata)
  • (Red Clover)
  • (Ginseng)
  • (Mas Cotek)

  • Khasiat :
  • Merangsang hormone testosteron dan progesterone
  • Menstabilkan hormon wanita
  • Menghasilkan sperma dan ovum (benih perempuan) yang berkualiti
1 pamplet penerangan cara penggunaan Set Permata Hatiku
Aturan makan:

Langkah 1
Isteri ambil kapsul C-Hat Ceria, 10 hari sebelum tarikh period..(habiskan walau pun dah period) Pada masa yang sama, suami ambil kapsul Lelaki SP.

Langkah 2
Setelah kering haid, suami dan isteri ambil Kapsul L'Hir sebotol setiap seorang.


P/S: Apa pun kita memang digalakkan berusaha selain Tawakal dan Doa kepada Allah yg Maha Pemberi. InsyaAllah. Yakinlah dengan doa kita serta jangan lupa bersangka baik dengan doa kita kepada Allah yg Esa.     


Sumber : CORETAN KAMI


Saturday 18 May 2013

Perjalanan belum berakhir

18/5/2013 bangun pagi dah rasa lain dah.Ambil tuala g mandi tngk2 cik P dah datang.Awal la pulak cik P datang bulan ni..Baru CD 25 dah datang dah.Cycle terpendek dalam tahun ni.Kenapa tah.Mungkin sebab asyik tension n banyak pikir kot..Dalam hujung bulan 4 n bulan 5 ni memang banyak hal yang terjadi.Pertamanya pasal 5S..Nak buat cepat2.Dah la umie ni ketua zon.Sebelum mesyuarat penyelarasan mcm2 nak kena buat.Mulanya dapat maklumat akan buat mesyuarat penyelarasan dulu baru akan start buat fail zon.Last minit punya maklumat dapat petang hari jumaat.Hari selasa dah nak kena bentang..Sakit kepala la jugak.Huhu..Nak buat Logo,carta zon,carta perbatuan.Padahal masa ni carta perbatuan pun umie tak tahu apedia.Nasib baik ada member tolong terangkan..Last2 masa nak bentangkan mmg maklumat tak cukup.So,bentangkan je la apa yang ada.Dah la umie org 1st kena bentang.So,far semuanya berjalan lancar.Hari rabu dah mula sisih sikit barang2 yang tak perlu.Tapi masih semak lg.Hari khamis xbrapa nak sihat..Kena kerja kat kaunter plak..Hari jumaat masih tak sihat..Isnin sampai rabu umie cuti..Jadi member2 a.k.a anak buah zon yang tolong sisihkan barang2 yang dah tak guna dalam zon umie.Lepas tu dok pikir pasal en.suami dapat mana?Bila dah tau dok pikir plak mcm mana nnt.Dah la en.suami pun tengah serabut..Umie bg nasihat kat en.suami supaya jng pikir sngt..Padahal umie yang pikir lebih..Tp xnak la bg en.suami tension2kan..Cuba la untuk tenangkan dia..Xbagi fikir banyak2 sngt.Suruh dia balik dl br kita pikir sama2..Padahal bukannya boleh buat ape2 pun..Huhu..Ipoh pun ipoh la...Terima seadanya..

Hari ini CD 2..Sejak malam tadi dah start makan GLA semula..Ye la umie makan dari CD1 sampai CD 14 je.Lepas 2 stop.Bila CD1 start makan balik.Susu kambing+kurma+madu plak minum bila rajin je.Kdg2 rasa malas nak bancuh.Padahal susu kambing tu susu kambing serbuk.Cuma tambah air panas kacau n minum je..Tu pun kdg2 jd malas..Apa la nak jd ngn umie ni..Pemalas betul..Umie minum kambing+kurma+madu keluaran Higoat je..Nak cari yang fresh xtau kat mana n takut xbleh nak minum plak nanti.Jadi bli yang segera je.Yang dah siap campur kurma n madu..Tambah air panas dah boleh minum..Sedap sangat.Sebelum ni mmg umie xlalu nak minum susu tepung@susu kotak yang xda perisa.Memang boleh muntah.Cuma boleh minum susu yang ada perisa je.Tapi susu kambing higoat ni boleh plak minum..Sedap sangat.Mungkin sebab campur kurma n madu kot.Tu yang boleh minum,kalau tak jangan harap la..Mmg keluar balik..huhu..Bukan alergik tp xlalu..Rasa mcm ada bau lembu..huhu..Padahal en.suami minum slumber je..Mungkin sbb mind set kot.Otak umie dah set mcm 2,mmg mcm 2 la jadinya..Harap2 lepas ni usaha ini akan membuahkan hasil yang ditunggu2 suatu masa nanti..Umie pun berharap agar semua rakan2 TTCian pun mcm tu juga..Yang pentinh kita kena usaha,kerana usaha tangga kejayaan

Friday 17 May 2013

Bersabarlah Hati

10/05/2013 jam 9.30 malam semuanya terjawab..En.suami posting di Balai Bomba & Penyelamat Ioh,Perak..Bila dapat tau je terus en.suami call umie.Terdiam tak terkata.Berharap sangat en.suami dapat posting di penang @ kedah.Tapi dapat kat perak pula..Jadi terpaksa PJJ lg buat masa ni.. Ingatkan 6 bulan je PJJ lepas 2 boleh stay sama2.Rupanya tak..BerSabar lah hati..MIL plak bila dapat tau en.sumi dapat kat Perak terus suara pun xbermaya..Lemah semangat bila dengar dapat kat perak katanya..Sabo je lah..Tapi xpe..2 jam je dari rumah..xtawu lg dapat kat balai bomba mana.Skrg baru lapor diri kat negeri.Belum dipecahkan ke balai2 yg lain.Harap2 dapat yang dekat dengan penang.Parit buntarke,taiping ke dah ok dah..

11/5/2013 jam 9 malam en.suami naik bus dari Terengganu balik Penang..Kul 3.45 pagi sampai kulim.Call umie untuk g ambil.Dah la jalan nak p kulim pun pening2 lg..almaklum lah jarang2 p kulim.Last2 bawa adik ipar skali jadi tukang tunjuk jalan..En.suami turun di Shell desa aman.G ambil kat sana..Lepas p ikut jalan yg adk ipar tunjuk baru tau kat mana.Rupanya umie tau jalan nak p ke desa aman 2,tp jln yg lg 1.Adk ipar tunjuk jln lain yg mmg umie xtau..Kalau tau kat situ tempatnya mmg umie g ikut jalan 2,lg dekat n lg senang.Xpyh pusing jauh2..Dalam 4.15 sampai kat en.suami.Tukar tmpt,en.suami yg drive plak..Sampai je kat umah, terus tido balik..

15/5/2013 jam 5 pagi en.suami bertolak ke ipoh utk lapor diri..Dalam jam 7 lebih dah sampai Ipoh.Lepas lapor diri,en.suami bgtau kena g balai bomba Sri Iskandar untuk kursus ape tah 1 bulan. Kursus lg..Xabis2 dengan kursus.Baru habis training 5 1/2 bulan ni sambung lg.Tak kisah la kursus ke ape ke janji hujung minggu dapat balik umah dah la..En.suami dah siap cakap,kalau cuti ujung minggu ,tiap2 minggu abg akan balik.Kecuali kalau ada hal yg xbleh nak balik..

Hari ni 18/5/2013 Dah 4 hari en.suami kat Ipoh.Tapi minggu ni en.suami xdapat balik.Ada gotong royong katanya.So,dah gtau en.suami yg umie keje minggu ni.Kalau en.suami balik umie akan cari orang untuk ganti,kalau en.suami xbalik mmg umie akan g keje..Jadi bekerjalah umie pada hari ini.. Xda la boring sangat duduk kat umah..

Insan

Kita adalah insan, Menumpang atas dunia, Aku dengan caraku, Yang sederhana

Kita adalah hamba, Berbakti pada Yang Esa, Aku mencari sinar, Keredhaannya

Kita sama sahaja, Bezanya cuma amalan kita, Engkau dan juga aku, Saling perlukan

Oh cinta yang murni, Sebagai ikatan, Yang kukuh di hati, Demi masa depan, Jangan dihancurkan, Hidup yang indah ini, Akibatnya merana

Jangan hancurkan, Hidup yang indah, Kita adalah hamba Yang Esa

Tuesday 14 May 2013

Demam ada isi ???? Part 2

Hari Jumaat 10/5/2013 Bangun pagi masih lg rasa xsedap badan n sakit tekak..Tapi masih mampu g kerja.. OTW g keje dengar radio Hot fm..Setiap pagi mmg dengar radio ni..dengar panggilan hangit,top 5 n hot chat...Hot chat kali ni pasal hari ibu..Ceritakan apa saja berkenaan ibu anda...Lepas 2 tukar suria fm..masih  lg topic yg sama,Tukar Era fm pun masih topic yg sama..Jd tukar balik ka Hot fm..Hot fm ni banyak mainkan lagu berkaitan ibu sempena hot chat..Lagu pertama yang dimainkan adalah lagu UMMI nyanyian Dato Shake..Bila start lagu ni tetiba je rasa sebak n terus air mata mengalir..Tak tahu la kenapa..Sbb tringin nk jd ibu ke,sbb tringat kat arwah mak ke.Lgpun 9 Mei genaplah 4 tahun arwah mak pergi mengadap ilahi.....atau pun krn liriknya,..

Umi... ku tahu engkau derita
Hidup... dalam duka sengsara
Namun... diiringi doa
Agar kau bahagia

Umi... ku sunting kuntum melati
Harum... sewangi kasih suci
Umi... ku bawa penawar
Hapuskan derita

( korus 1 )
Apalah ertinya kehadiran ku di sisimu
Andai ku tak daya membuat kau gembira

Umi... ku petik bintang bintang
Menyinar... cahaya hidup mu
Umi... dekatlah wajahku
Yang selalu rindu

( korus 2 )
Ku tak relakan kau mederita selamanya
Biarlah aku yang menanggung derita mu
Ohhh...

Umi... ku ingin kau menyaksikan
Sinar... yang ku cipta untuk mu
Umi... berikan senyuman
Agar kau bahgia

Umi... Umi cinta padamu ( 3 X )

Lepas lagu umi bersambung-sambung je lagu berkaitan ibu..Yela dah dekat hari ibu kan..Sampai tempat keje mood demam masih ada lg...Hari jumaat xda banyak kerja sangat..Pagi ada bcaan yassin n tazkirah..Time kat surau da jumpa member unit pentadbiran..Dia tegur,demam ni ada isi pa..Member yg tegur ni pun berTTC juga..Dah 11 tahun masih belum ada rezeki lg..Sapa pun yang tegur mmg umie akan jawab insyaALLAH mudah-mudahan betul...Banyak fokus pada 5S je..pukul 12.30 kunci pintu n tido..Masih rasa xsihat..Dalam pukul 2.30 bangun tido,kepala rasa makin sakit,tekak pun rasa makin sakit..Mungkin sbb panas..Air dah habis hampir 2 liter,2 pun panas lg..G basuh muka n basahkan kepala sket rasa ok sikit..N sampai kul 5 mcm 2 je..Balik keje terus g mini market nak beli air asam untuk sejukkan badan..Tapi xda..Lst skali sampai kat peti sejuk nampak vitagen..Terus ambl 2 yg ada 10 botol ..Sejak 2,3 menjak ni mmg suka sangat vitagen..nape tah..Padahal hari ahad dah bli kat jusco.beli yg promosi 15 btl 2...Lepas en.suami balik Terengganu tetiba je rasa nak lg vitagen..Tngk ktpeti ais dah habis..Esok 2 balik keje terus g mini market nak bli vitagen tp abis...Jd bli revive n susu coklat je... Mlm 2 en.suami call,terus ngadu kat en.suami..Huhu..en.suami ckp pergi kat kedai Malaysia..Tp umie xnak..Mood merajuk..Last2 ari jumaat ada lak kat mini market 2...Skali ambil 10 btl terus..hari jumaat beli,hari sabtu dah abis..Skrg dah jadi addict vitagen plak..

Friday 10 May 2013

Demam ada isi???

Hari Rabu 8/5 bangun pagi dah rasa sakit tekak.Tapi sikit je.Jadi g kerja mcm biasa. Hari khamis 9/5 pula bangun pagi dah rasa mcm nak demam.Sakit tekak rasa lg teruk n rasa xsedap badan.Tapi gagahkan diri juga untuk bangun mandi n g kerja.Kebetulan hari Khamis kena bertugas di kaunter..So,dah stanby cardigan.Sbb kat kaunter mmg aircond sejuk sangat...Lepas 2,baru je masuk keje,penolong pengarah call.PP2: Umie,dtg bilik sy kejap.umie: Sy bertugas kat kaunter tuan..PP2: Xpe setlekan dl keje kat c2,lepas 2 dtg jumpa sy..UMIE: ok tuan.. Dok pikir ape hal la dia nak jumpa umie ni..Yang pastinya mest nak bg kerja..Kerja yg PP1 bg pun blum setle.Dok ada lg atas meja 2..Campun ngn 5S lg..Serabut kepala..Dah la xbrapa sihat..
Dalam pkul 8.30 g bilik PP2.Ngatkan ada apa,rupanya dia suruh edit report..Nak gabungkan report PP1 n dia pny report..Itu je ke..Lepas 2 ckp kt PP2,sy buat kat bawah lah tuan..PP2 ckp xpyh..Buat je kat sini,nnt kat bwh ada ja org nak kacau.So,computernya dipusingkan ke arah umie.Copy paste je pun.Semuanya dalam soft copy.Keje senang pun nak suruh umie buat..Masa tengah buat 2,aircond dah la btl2 mengadap umie.Dah la dengan badan tak sihat.Mula la rasa sejuk sangat n rasa nak muntah..Umie cuba relax n cpt2 nak siapkan report 2.kalau btl2 nak muntah mmg dah lari g toilet dah..Bila dah siap cpt2 je minta izin nak turun.PP2 ckp tngu jap.Biar sy tngk dl.Bleh terus edit...Lepas PP2 tngk n kata ok,terus cpt2 keluar n turun bawah..Duduk dlm bilik relax2 jap..Bg ilang rasa nak muntah..Tetiba PP1 n Sjn dtg kat pintu..Terus ckp kat sjn,sjn air 100 plus ke revive ke ada x? Xda jawabnya.Sy xbeli sbb mahal..Dah la rasa nak muntah 100 plus pun xda.Slalunya ada je..Lepas 2 dia tny knp..Umie ckp demam..Terus PP1 ckp demam ada isi pa...Umie ckp mudah2an apa puan ckp ni betul..Tlg la doa2kan..Dalam pukul 10 baru g kat kaunter..Dah sejam lebih tinggal partner sorg2 kat kaunter..Lepas tu g mkn..Mkn pun sikit ja.Xlalu nak mkn.Rasa mcm nak muntah ja. Dalam pukul 11 masuk kat kaunter n terus pakai kardigan. Tngk kat peti sejuk ada je 100 plus.Knp sjn ckp xda..G jumpa sjn n ckp sjn sy ngk 100 plus ada..Nape sjn ckp xda...Trus dia ckp ada ke?Rasanya sy xbeli sbb mahal..Lepas 2 g kat peti 2 n tunjuk kat sjn.Ni ada.Terus ambil 1..Sjn pun pelik sbb dia rasa xbeli..Ntah ler..Kebetulan xda klien boleh la letak kepala jap ats meje.Tp xtido la..Letak kepala je..Cukup je pukul 1 terus umie g kunci pintu n tido.. Pukul 2 partner kejutkan..Dia siap g buka pintu n lampu n tv..Bila bangun lenguh tengkok la pulak..Relax2 jap.Dalam kul 3 ajak member g unit perubatan..Sj je nak timbang..Lama tak timbang..G jumpa MA trus ckp sy mai ni nak ambil ubat n MC..Sok xmau mai keje..Terus MA tny betoi ka nak MC jom g ambil..Terus ckp xda lah...Sj je..Sy dmam nak ambl panadol ja.Wat spare.Lepas 2 check suhu..36. 9 je kot..Check kat rumah 37.7..Dah turun sket..Lepas 2 dok sembang2 ngn staf kat unit perubatan.Dia kata demam ada isi pa ni...Terus ckp mudah2an apa yg ckp 2 betoi..Sembang2 jap,lepas 2 balik kat kaunter n g mkn jap sbb rasa semacam je n nak mkn sup panas.Lepas mkn balik kat kaunter relax2 jap..Ckp kat member minta2 hujan turun cpt..Sbb langit mmg dah kelam n angin kuat..Terus member ckp,jng la weh.Aku nak blik mcm mana,ang xpa la nak kreta. Umie jwb skrg br kul 4 la.Kalau hujan turun kul 4,kul 5 hujan dah xlebat..Kalau kul 5 baru hujan turun lg la ang xbleh balik..Xlama lepas 2 terus ujan lebat sampai 4.30..Lepas tu renyai2 je.Kul 5 hujan dah brenti..
Balik,sampi je kat rumah.Telan panadol 2 biji,selimut n terus tido..Mmg berpeluh2...Kul 7 bangun je terus rasa segar..Dah xrasa demam..Misi berjaya...Dlm kul 11 mlm dah mula rasa nak demam balik...Terus selimut n tido je...

Wednesday 1 May 2013

Stressssssss 4 TTC

3 hari lepas kita mesej-mesej..Time abg balik hari tu cik P datang..Jd time abg balik 3-6 Mei nanti adalah time O..Jadi boleh lah BD..Ayg gtau abg pasal time O 2..Jd bolehlah usaha lebih..Abg pun ok je..Ayg gtau abg,ayg nak beli OPK supaya lg senang nak tau waktu O..Abg setuju je ngn cadangan abg 2...Sambil-sambil 2 kita ada sembang pasal baby.Apa yang kita sembang malam tu mmg buat ayg happy sangat-sangat...Tak tawu kenapa..Ayg gtau abg yg ayg happy sngt2..Abg tny knp.Jd ayg jwb,ayg pun xtawu.Mungkin sbb apa yang kita sembangan td kot..Last2 dua-dua senyum memanjang.Ayg gtau kat abg yang kita xboleh stress2 ubntuk stabilkan horman dalam badan..Kita kena sentiasa happy2 je..Jangan pikirkan sangat pasal hal yang boleh memberikan tekanan pada diri kita..Abg ckp abg ikut je ape yg ayg ckp..Abg xkisah janji untk kebaikan kita bersama..Jadi ayg pun berazam xnak stress2 dalam apa2 hal pun.Ayg nak relax2 ja.

Ayg da baca dalam dalam group TTC .Ada seseorang rakan TTC share pasal stress boleh mengganggu hormon dalam badan kta.Kadang2 kita tak terpikir pun benda 2 boleh bagi tekanan kat diri kita seperti jln jem..Esok tu bla g kerja jalan okey je,tap ada kereta yang bawa slow sangat.Tapi xnak bg jalan kat org belakang..Nak potong plak xboleh.Kereta dari arah hadapan banyak..Dah jadi kereta api dah memanjang je..Lepas tu lak ereta depan ni asyik breek je.Padahal kereta depan jauh lg..Selalunya bila g kerja mmg relax sangat..Terus buat ayg jd tension..Apa la nsib..Tp ayg teringat pasal xbeh stress.Jd ayg cuba relaxkan diri dengan dengar lagu..Kat tempat keje smuanya ok je..Cuma masa kat asrama je buat ayg naik darah skit..Budak2 punya hal..Asyik kena tegur ja tiap2 hari...Dah keje kita,sabo je lah..Tp bila ngn kwn ayg g asrama xda la rasa stress..Nak tergelak la pulak bla tengok kerenah budak2 tu..

 30 April 2013 hari terakhir jaga asrama.Masa baris pagi budak2 tu tengok je mak tiri dorg ni..Nasib korg la.Sapa suruh dapat peg.asrama yg garang kan..Bila suruh kemas korg xkemas.Suruh lg.Ada yang buat ada yang x buat..Last2 pergi asrama,tengok2kan yang mana patut..Dah tegur pasal laci xkemas.surat khabar bersepah,katil x kemas,pinggan,mangkuk gelas n sudu xkemas hampir 90% dah kemas.Hnya sorg dua je buat hal..Jadi bila mak tiri ni masuk asrama,tengok masih ada lg yang xkemas dengan jayanya mak tiri ni sepahkan lagi asrama tu..Surat khabar di sepahkan lagi kat ruang depan ..Laci yang semak disemakkan lagi n petang jam 3.45 diadakan perjumpaan untuk asrama melur..Saja nak tengok apa reaksi diaorang apabila tengok asrama pagi td..Bila tanya apa jadi dalam asrama pg td..Semua tundukje..Sorg dua je yang jawab..Nak buat lgx?Semua jwb xnak..n minta maaf..Tawu pun..Ini kejadian hari Jumaat 26/4/2013..29/4/2013  bila peri asrama Alhamdulillah semuanya kemas teratur...Boleh pun buat..Saja je nak bg mak tiri korg marah..

30 April 2013 - Malam
Terima pangilan dari abg,lepas tanya khabar abg gtau yg abg dapat msj dari SPA bgtau abg dapat interview ape tah...Tahniah ye bang..Dah dapat bomba,ni dapat lg interview..Lepas pkir2 mmg abg ckp abg xnak p sbb abg dah selesa ngn keje skrg..teruk2  training 5 bulan xan la nak tnggal mcm tu je kan..Buat penat je..Lgpun gred sama je.Jd teruskan je dengan kerja skrg ni..Ayg pun rasa mcm 2 jugak..Abg suruh ayg check ka SPA kalau tolak tawaran interview ada apa2 efect x?Ayg ckp xda pape efect sbb itu haya panggilan interview bukan tawaran keje,kalau tawaran keje mmg dah kena blacklist 3 tahun..Tp abg xpercaya,abg suruh ayg check juga.Ayg ckp kat abg,sama jugak mcm ayg,ayg pn tolak jgak kan tawaran interview.Bukan utk 1 jawatan je tp 5 jawatan skali..Kalau ikutkan lg teruk la..Abg 1 je,ayg 5..Terus abg diam..Marah la 2...So,ayg mengalah la..Ok ayg check..Seperti selaluya,abg mmg xpercayakan apa bini abg ckp,tp abg lebih percayakan ckp kawan2 abg..Bila ayg bawakan bukti baru abg akn ckp.betul la apa ayg cakap..Mmg ayg terasa tp ayg biarkan je sbb nak jaga hati abg..Lepas tu abg tny pasal kereta,Kereta ok ke,ada masalah pape x?Semuanya o,cuma minyak injin je la dah nak cukup.Dah nak kena tkr dah..Abg tny expired brapa,ayg jwb 244lebih..Skrg baru 243lebih..Abg ckp dan la sampai abg balik lg 2,3 hari lg..Ayg ok je..

Lepas tu abg tny duit kereta dh bayar ke.Ayg jwb belum lg..Xsempat lg..ari khamis ni ayg bayar..Terus abg ckap napa xbyr lagi,nak tunggu sampai bila nanti kena surcaj la,ape la n ..........
Ayg dengar je apa abg ckp,lepas 2 ayg ckp kt abg,ari khamis ni ayg bayar,abg jng risau la..Tiap2 bulan kita bayar lebih mesti xkan kena surcas..Lgpun ari khamis baru 2 mei..Terus abg ckp lebih 2 bulan2 lepas punya.Bulan ni mesti kena surcaj..Tah tarih dia 3 hb ke..(cakap mcm pegawai bank..Selama ni dah bertahun kena surcaj pasal sendiri bayar lewat sebulan xpa plak..Bru skrg dah xkena surcaj dah nak kalut)Cakap dlm hati je lah.. Ye...ye..Ari khamis ni ayg bayar..Abg jangan risau k..Ari mata da bergenang,tp tahan je sbb xnak bg abg tau...Lepas tu abg tny duit insurans dah bayar ke..Ayg jwb belum lg,xsempat nak byr lg.Terus abg ckp,nak tungu sampai bila baru nak bayar...Ok,esok ayg g tranfer duit kat insurans kt en.fuat.Abg jng risau la.. Abg cakap selalu boleh je bayar melalui najib kenapa xbayar2 lg..Sat g org dok tny2 pulak pasai pa xbayar2 lg duit insurans.Dah la ambil dengan org.Apa plak org kata...Ayg ckp.abg jng risau la.Sok ayg g bayar..E.fuat xda cl ckp pape pun kat ayg..Lgpun kita cuma ambil insuran under dia bukannya kita guna duit dia bang..Bila kita bank in duit baru dia bayar bang..Abg jangan risau k.. Masa ni mmg dk tahan je perasaan ni..Tarik nafas panjang2 n lepas perlahan sbb xnak bg abg dengar.Cuba untuk tenangkan diri..

Ayg tny abg apa aktiviti abg siang tadi..Abg ckp ada raptai untuk tamat latihan 2 kali lepas tu kena pumping pulak sebab ada budak gaduh..Ye lah semua ada 700 org lebih tentu susah nak kawal..Bergaduh sebab enset hilang..Nasib baik yang gaduh tu rekrut wakaf tapai bkan ipoh..Jd ayg pesan supaya abg simpan enset elok2..Nasib baik ada bag boleh kunci..Lepas tu abg ckp abg letih sbb kna buat raptai n pumping..Letih sebab cuaca yang panas.Ayg suruh abg sabar sikit je lg..Dah xlama dah..Lg 2 hari je nak tamat latihan..Sabar ye bang.Lepas tu abg ckp abg akan bertolak baik dari terenganu ari jumaat jam 3 ptg..Lebih kurang jam 1 pagi sampai la kat umah.Ayg tny ct sampai bila,abg ckp sampai 6.Tp 6 mei sebelum 6 ptg dah nak kena ada dalam kem.Jg 5 hb malam abg akan gerak balik terengganu...Ayg tny,ayg mcm mana?Xboleh ke balik 6 hb pg..Terus abg jwb nak kena ada dalam kem 6 hb,kena la balik sama awal2..Air mata ni dah jatuh dah..Ye la kan..Mana tak sedih kalau nak balik kg tp jd mcm ni plak.Ayg nak tumpang abg Anas blik kg abg xbg..Nape tah.Padahal abg kandung ayg sndiri..Bkn org lain pun..Mmg ayg sedih sngt..Setiap kali abg balik sini,ayg ajak abg balik kg..Tapi xblik2 pun.Abg slalu jwb ada masa nanti kita balik k..Ayg pun nak jumpa family ayg juga..Abg anas bukan nya selalu dapat balik kg..Ayg nak jumpa abg nas,kak rose, alya, ammar n danisya..Ayg rindu kat dorg..Sepanjang  5 bulan abg kat sana 5x abg dpt blik rumah..Selama 5 bulan abg kat sana,baru 1x ayg balik kg..2 pun dgn abg lan..Bgtau nak balik dgn abg lan dl pun abg mcm xnak bg..Tp akhirnya abg bg jugak..Yang sekarang ni xtau lah mcm ne..Nak drive sendiri balik kg abg xbagi..

Lepas tu abg tny jam pukul brapa..Ayg cakap pukul 12.05..Abg ckp esok abg call lg ye syg..Dah lewat..Abg dah ngntuk..Penat sangat..Lepas tu ayg tny,semalam abg tido pukul brapa?Abg ckp kul 11.40.Ayg tny kenapa xtido awal sket..Abg ckp abg penat..Nanti tido awl sket ye syg..Abg ckp,mcm e nak tido awak,nak kena iron baju,kiwi kasut dah la letih2 nak kena buat semua tu lg..Dengan suara mula meninggi..Bila abg jwb mcm 2 mmg ayg nangis sunguh2...Mmg ayg terasa sangat2..Ayg jawab ok je lah...Ayg pun dah tak mampu nak cakap pape...Tapi ayg gagahkan juga cakap.ayg tahan supaya abg xtau ayg sedang nangis...Lepas abg wish n yg curuh abg jaga diri terus abg letak fon..Lepas tu mmg ayg nangis sungguh2...Ayg pun xtau pkul brapa ayg tido mlm td..yang pastinya lebiah dari ukul 2 pg...
Ayg tau abg penat,abg letih..Xkan sbb abg penat n letih abg nak marah ayg..Ayg xpenat ke..Ayg pun keje juga.Semuanya ayg kena buat sendiri..Bkn utk diri ayg je,tp untuk keluaga abg jugak..Untuk adk2 ang..Semua ayg buat..Ayg xpenah ckp pape pun kt abg..

Abg buat ayg stress ke...Entah la...Lepas nangis dok pikir,mcmne aku nak happy2 selalu kalau asyik kena marah je...Mood pun dah ke laut..Hormon taktau la apa dah jadi..Entah2 dah balik kg..Tapi disebabkan semangat nak TTC ni Start buat OK pd CD 11 ,Da 2 hari buat OPK,hari 1st bayang pun xda.hari ni plak,bangun tido terus g bua OPK hanya bayang je yang nampak.Sadis betol la..BTT plak dah 4 hari suhu 36.3 e..Sama je graf 2...Tinggal lg 2 hari je sblum e.suami blik..Berjaya ke x cycle kali ni..Nak tngk OPK n suhu esok plak mcm ne..Ptg tg mandi ada jumpa EW..Bila jumpa EW ni buat ku tersenyum sorg2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...