Abang, Maafkan Ayang...
(Post ini sedikit panjang tetapi sangat bermanfaat sebagai pengajaran buat pasangan suami isteri)
Bunyi di ruang kamar mula bergema. Langit diluar mulai mendung beriringan, kelam. Kelihatan si anak mula menutup buku bacaannya mendengarkan Ayah dan ibunya mula perang dingin. Ternyata ribut di dalam rumah baru bermula. Petang hujung minggu yang selalunya hangat tiba-tiba di...ngin.
“Abang tahu tak saya ni penat, banyak kerja di pejabat”
“Abang tahu awak penat tapi fikirlah anak kita tu, perlu juga kasih sayang awak” tegur si suami melihat isterinya sedang sibuk menyiapkan kerja pejabat.
“Kertas kerja ini perlu saya siapkan untuk bentang pada persatuan esok, bukan soal pejabat” suaranya mula meninggi.
“Kertas kerja lagi penting bagi awak, sepatutnya awak bahagikan masa antara kerja pejabat dan persatuan awak tu”. Tegur si suami.
“Kenapa dengan awak ni? Awak tahu kan saya setiausaha persatuan tu kena buat banyak benda juga” suara si isteri tetap meninggi. Tekanan kerja dan persatuan mula menyelubungi dirinya. Perkataan abang mula hilang dibibir isteri.
“Jawatan awak dirumah ini apa ya? Soal si suami menduga.
“Awak nak mengajar saya pula?”
“Tak, saya bukan nak mengajar tapi sepatutnya awak yang lebih tahu daripada saya” jawab si suami pendek.
“Awak tolonglah, saya nak siapkan kertas saya” pandangannya tidak lenkang dari komputer ribanya.
“Puteri, jom abah temankan Puteri baca buku” helah si suami melarikan diri daripada perang dingin dengan isterinya.
Sambil si suami berjalan beriringan bersama anaknya untuk duduk di kerusi halaman rumah kelihatan sebuah buku. Si suami mencapainya. Tangan anaknya itu dipegang erat.
“Abah, lain kali jangan bergaduh boleh tak?” suara Puteri manja sambil tersenyum. Mungkin anak 8 tahun ini lebih mengerti erti ketenangan. Si ayah hanya tersenyum.
“Abah tak bergaduh pun dengan mama, Cuma marah-marah sayang” si suami merenung jauh ke bebola mata anaknya. Memberi harapan akan kefahaman.
“Kalau sayang kenapa perlu marah-marah” Tanya Puteri. Ternyata si suami tersentak dengan soalan itu.
“Marah tak semestinya tak sayang. Contoh kalau Puteri tak solat. Agak-agak abah marah tak?
“Marah” Puteri hanya tersenyum.
“Marah sayang ke marah benci?” si ayah menduga Puteri.
“Marah sayang”
“Puteri faham tak?”
“Faham abah” Senyuman diwajah anaknya cukup mengubah hatinya akibat pertengkaran tadi. Sejak dulu, anaknya ini menjadi penawar hatinya.
Si suami mula membuka buku yang dicapai tadi. Terus membuka halaman tengah. Matanya memerhatikan setiap bait kata dan huruf di dalam buku itu. Halaman 135 berbunyi, “kebahagiaan akan datang dalam diri sendiri, ia lahir apabila kita lebih banyak memberikan hak kita berbanding hanya menuntut hak. Kerana seseorang itu akan dapat apa yang dia beri bukan apa yang dia minta”.
Fikirannya mula melayang. Mungkin itu jawapannya. Dia hanya menuntut hak tanpa memberi. Fikirannya mula memainkan drama positif. “Isteri aku mungkin saja penat dan letih. Tak patut perbuatan aku tadi”. Monolog dalaman mula menjadi penasihat. Selang satu jam.
“Awak, abang keluar kejap ya dengan Puteri, ambil angin di taman. Awak siapkanlah kerja awak tadi. Erm, dan satu lagi”. Si suami merenung jauh ke dalam mata isterinya. Cuba menyampaikan satu kata.
“Saya minta maaf sebab tinggikan suara saya pada awak, ya. Puteri, salam mama ya sayang”. Sambil tangan puteri dipangkuannya dihulurkan sendiri oleh suaminya. Si isteri hanya duduk terpaku. Tanpa suara.
Si suami melangkah keluar. Isteri hanya melihat, semakin menjauh. Selang berapa ketika, kelihatan air mula jatuh pada papan kekunci. “Ya, Allah. Apa yang aku cakap tadi. Tak sepatutnya aku meninggikan suara pada suamiku”. Si isteri sudah merasa bersalah.
Bunyi tapak kaki makin menghampiri. Si suami datang sambil memangku Puteri yang memegang ais krim. Pintu dibuka. Si isteri hanya tercegat dipintu.
“Awak dah siapkan kerja awak?” tanya si suami senyum.
Belum sempat si suami melepaskan puteri dari gengaman. Si isteri memegang tangan suami. Pegangnya kali ini erat. Seakan tidak mahu dilepaskan.
“Abang maafkan Ayang, Ayang yang bersalah” si isteri memegang erat tangan si suami. Dingin tangan si suami dengan air mata berguguran. Puteri hanya terpaku.
“Sudah lah, Abang pun salah juga. Tak faham kerja isteri abang ni. Tak gitu?” si suami cuba berjenaka. Tak sanggup melihat isterinya menangis.
Pengajaran :
Begitulah kehidupan. Tolak ansur amat bernilai jika hendak dibandingkan dengan keegoan. Tolak ansur adalah kedamaian sementara keegoan merupakan suatu keruntuhan. Sentiasa memohon dan memberi kemaafan dalam kita mencorak sebuah kehidupan bersama. Kemaafan dan tolak ansur hanya akan lahir daripada diri yang bebas, tidak pentingkan diri sendiri.
Apabila kita sukar meminta maaf dan memberi kemaafan itu bererti kita masih lagi pentingkan diri. Kita hanya merasakan diri kita sahaja yang betul. Jika tidak dibendung, ia merupakan barah yang menjalar hingga merosakkan sebuah institusi kekeluargaan. Kemaafan itu lahir dari hati yang menyerah, tenang dan menang dalam setiap tindakan. Memohon maaf tak bererti kalah. Memberi syarat menerima.
“Sesungguhnya sesiapa yang tidak kasih, dia tidak akan dikasihi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Jaga komunikasi dengan orang yang kita sayangi. Rendahkan suara. Jangan berkasar dan berkeras. Gunakan kelembutan yang ada pada kita. api tidak akan sekali-kali boleh memadamkan api melainkan benda-benda yang berlawanan dengannya. Kemarahan tidak akan padam juga dengan kemarahan. Ucapkan perkataan positif, elakkan menggunakan perkataan berbentuk ugutan.
“kalau begini, saya tak akan maafkan”.
Elakkan ugutan.
Rasullullah Model Unggul
Lihat saja baginda nabi apabila terjadinya peristiwa ketika malaikat menawarkan gunung untuk menghempap penduduk taif, Nabi Muhammad s.a.w tercinta berkata “Saya berharap anak cucu mereka akan memeluk islam. Kemaafan itu terbukti apabila ramai anak-anak pendudukan taif yang beriman kepada ajarannya hinggalah kepada peristiwa Fathul Makkah.
“Demi (Tuhan) yang diriku berada dalam tangannya, tidak beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya dari dirinya, bapanya dan anaknya” (Riwayat al-Bukhari).
Suami Isteri, Berbahagiaah
“Dan di antara tanda-tanda kebesaranNYA, bahawa Dia menciptakan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang mesra dengannya, dan dijadikannya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan rahmat (belas kasihan). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir”. (Surah ar-Rum, 21)