Panduan Isteri
Solehah
1. Apabila berbual
bercakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat,
duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan
pasangan anda berbaring di atas ribaan.
2. Cuba masak yang
paling sedap unutk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya
berdiam diri.
3. Temankan pasangan
apabila melakukakn kerja bersendirian pada waktu malam.
4. Letakkan
barang-barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.
5. Tolong bawa
barang walaupun suami kita mampu membawa semua.
6. Bacakan berita
yang menarik perhatian pasangan atau buat keratan berita yang disukainya
daripada akhbar atau majalah.
7. Megemas tempat
tidur umpama baru kahwin.
8. Ceritakan
karenah anak yang membuatkan anda gembira atau geli hati kepada pasangan.
9. Usah dera
pasangan secara fizikal atau batin .
10. Tunjukkan minat
mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerja yang dibuat dan orang yang
ditemui.
11. Apabila
pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti
kita memanjakan anak.
12. Beri tindak
balas positif apabila mendegar pasangan bercerita.
13. Masuk tidur
bersama-sama dengan pasangan. Jika kita ingin tidur dahulu, minta kebenaran
daripada pasangan.
14.
Salam/peluk/cium dan belai pasangan sebelum bertugas.
15. Cuba ketawa
apabila pasangan buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.
16. Ucapkan terima
kasih atas setiap khidmat pasangan.
17. Cari masa untuk
berdua-duaan sekali sekala.
18. Berkelah
bersama pasangan.
19. Doakan pasangan
supaya bahagia di dunia dan akhirat (tanpa pegetahuannya).
20. Pelawa pasangan
berjalan-jalan tanpa anak.
21. Cuba berikan
apa-apa yang pasangan hajati.
22. Nyatakan yang
ada merinduinya bila berjauhan.
23. Sesekali buat
kuih kegemaran suami.
24. Beribadah atau
menyertai kegiatan di gimnasium bersama-sama.
25. Usah menghukum
pasangan jika dia mengecewakan anda tanpa sengaja.
26. Maafkan
pasangan jika dia terlupa buat sesuatu untuk anda.
27. Minta maaf
dengan segera jika melukakan hati hatinya.
28. Cuba fahami
pasangan jika dia membangkang atau enggang membantu.
29. Apabila suami
minta maaf, terima dengan kasih sayang. Usah jual mahal sangat. Ingat,
kebanyakan suami berasa sukar untuk meminta maaf daripada isteri.
30. Pamerkan
keseronokan apabila berhubungan intim.
31. Tunjukkan
simpati dan bantu pasangan mencari barang yang hilang atau tersalah letak.
32. Nyatakan dengan
hikmah kepada suami jika anda tidak mengemari pilihannya seperti pakaian,
tempat makan, lauk-pauk dan destinasi percutian.
33. Berkongsi
perasaan negatif dengan pasangan secara terbuka tanpa menyalahkannya.
34. Jangan mengesa
suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukan kerana ini boleh
menyebabkan suami tawar hati.
35. Elak memberi
penjelasan dengan panjang lebar. Suami sering melenting apabila isteri
“bersyarah” panjang lebar kerana ini menunjukkan seolah-olah isteri tidak
percaya pada suami.36. Elak menjadikan suami berasa tidak mampu, tidak layak
dan tidak berkebolehan.
37. Ramai suami
seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru, isteri perlu sanggup
berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas daripada suami.
38. Jangan cabar
pasangan
39. Apabila
berselisih faham atau bertengkar, fokus pasa masalah yang sedang dibahaskan dan
usah ungkit perkara lalu.
40. Beri dan
perbaharui kepercayaan kepada pasangan sepenuhnya setiap masa. Jangan suka
mengenang rekod lama dan usah melabel pasangan berdasarkan rekod itu.
41. Jangan ingkar
mengenai perkara yang telahpun dipersetujui. Pasangan akan berkecil hati jika
anda menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak seperti dipersetujui
bersama.
42. Isteri
mempunyai kelebihan dalam memahami suami. Justeru, jadilah si Kembang Cina.
Fahami hakikat bahawa kebanyakan suami mengalami kesukaran memahami isteri.
43. Ramai suami berasa
janggal dan malu menyatakan sayang pada isteri. Justeri isteri perlu membaca
perlakuan suami yang menunjukkan kasih sayangnya. Usah paksa suami meluahkan
perasaan. Sesungguhnya, “action speaks louder than words”.
44. Cemburu tanda
sayang tetapi jangan keterlaluan kerana boleh menyebabkan pasangan anda menjadi
rimas dan serba salah.
45. Untuk
merangsangkan suami pamerkan kasih sayang dan puji selalu.
46. Elak menasihat
suami jika tidak diminta. Isteri meminta nasihat unutk bermanja tetapi bagi suami
itu satu kelemahan.
47. Apabila
pasangan berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati, adalah lebih baik
untuk mencari kepastian daripadanya. Usah membuat tanggapan sendiri yang
mungkin tersilap.
48. Selepas berusah
bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT semoga hidup kita
bahagia di dunia dah akhirat, amin . . .
credit to MurahJual Aksesori
No comments:
Post a Comment