Selamat datang ke blog saya..Segala apa yang terdapat dalam blog ini hanyalah sekadar perkongsian dari diri ini

Monday 13 January 2014

1st appointment O&G(8 Januari 2014)

Assalamualaikum wbt.. Dah lama rasanya umie tak update blog.Blogwalking pun dah kurang sangat sekarang ni..Terlalu sibuk dengan kerja..Macam-macam nak kena buat.Rasanya masih belum terlambat unuk Umie ucapkan selamat tahun baru buat semua warga pembaca blog Menanti Sepenuh Harapan..Alhamdulillah dah 13 hari berlalu ditahun 2014..Semoga tahun ini akan tercapat impian untuk memiliki zuriat.InsyaALLAH..Mudah-mudahan diizinkan oleh NYA..Sebelum ni Umie ada ceritakan pasal appointment yang diawalkan atas pertolongan ibu Baby Danish..Atas sebab yang tak dpt dielakkan,terpaksa dibatalkan..N appointment kembali ke tarikh asalnya 8/1/2014.

8 Januari 2014 jam 7.45 pagi dah keluar rumah untuk ke Klinik Pakar O&G Hospital Sultanah Bahiyah..Sampai lebih kurang jam 7.55. Umie terus ke Klinik O&G untuk ambil no.En.Suami pula pergi parking..Punya lah susah nak dapat parking..Masuk je kt Klinik pakar penuh dengan org..Tapi kt klinik Pakar O&G xramai lagi.Umie appointment jam 8 pagi..Letak surat refer dalam bakul n tunggu.Umie dapat no 3..Alhamdulillah..Nasib baik awal lagi..Tak lama lepas tu dah semakin ramai org kat Klinik O&G..Kalau datang lambat mesti dapat no lambat.

Mula-mula buka fail.Bawa fail g jumpa nurse.Dorg yang isikan fail tu.Lepas tu kembali ke kaunter pendaftaran.Tunggu tak sampai 5 minit,dipanggil pula untuk timbang berat,ukur tinggi n ambil tekanan darah.. Suami isteri kena.Berat masih lagi maintain 53 kg.Tekanan darah pun elok 115/79.Lepas tu duduk tunggu kejap.Dalam10 minit no pun dipanggil. Jumpa Dr O&G di bilik 40. Nama Dr terlupa pula.Dr ppuan..Alhamdulillah.Dr ni baik sangat.Terang pun dengan jelas.Dr letakkan Umie duduk berhadapan en.Suami..Hehe..Pandang muka masing-masing sambil jawab soalan..Bermula sesi interview lebih kurang 15-20 minit.Sempat lagi en.Suami tanya Dr,kalau mengurut ok ke tak..Dr gelak je..Dr ckp,tu pun salah satu ikhtiar juga..Lepas tu Dr bgtau nak buat TVS n pap smear skali..Sebelum buat Dr suruh g buang air dl..Dr ni buat mmg xda rasa pape pun..Smooth je.Langsung tak sakit..Sambil scan Dr tunjuk rahim.Katanya rahim ok.Tebal sikit mungkin nak period katanya.Lepas tu scan ovari kiri dan kanan.Nampak jelas.Dr cakap ovari kiri dan kanan normal..Alhamdulillah.. Dr ada print gambar scan utk dalam fail..Terlupa nk sna pic.

Lepas buat TVS ,Dr pngl Umie n En.suami n Dr terangkan pasal sistem peranakan.Mcm mana kehamilan terjadi.Apa penyebab tidak hamil.Dr cakap 40% masalah kesuburan dari suami,40% dari isteri dan 20% lagi tak dapat dikenalpasti puncanya..Disebabkan rahim n ovari normal,Dr cakap kena check tiub fallopian untuk pastikan sama ada tersumbat atau tak..Dr cakap kalau tak tersumbat boleh buat IUI,kalau tersumbat mungkin kena buat IVF..En.suami angguk je.Lepas tu Dr n set date utk HSG n Sperm analysis.. Pergi jabatan X-ray untuk ambil tarikh HSG dulu,sbb nak sama tarikh dengan sperm analysis..Pergi jumpa pegawai bhgn temujanji untuk set tarikh..Tak nak bg kena time period..Cari punya cari dapat 24 Februari 2014..Kemudian ke klinik O&G semula untuk ambil tarikh sperm analysis..

Kemudian Dr minta datang semula untuk ambil darah hari ke 2 period..So,disebabkan tarikh period selalunya 9@10 hb setiab bulan, Umie tny la  Dr,kalau esok period ,lusa dah boleh datang la ye..Dr ckp,kalau esok period jng la dtg lusa,lusa kan Jumaat.Sini cuti..Opss..Terlupa pula..Haha.So ,umie ckp kt Dr k buat kt luar je.Dr ckp xda masalah,janji bila dtg 24 Februari dah ada result darah..Sebelum balik,kena ambil darah dulu..Tak pasti la pula utk ape..Pukul 9 pagi dah selesai urusan..Kejap je..Tapi senarai menunggu giliran kat luar masih ramai lagi.. Next appointment pada 24 Febuari 2014 utk HSG n sperm analysis..N 12 Mac utk  tahu keputusan.. Alhamdulillah dah selesai urusan pertama.

Balik dari hospital terus g tabung haji,simpan duit n g jalan-jalan.kejap..Dalam pukul 11.30 dah sampai rumah..Terus sambung tido..Opss....Kantoi suda... En.suami keluar g workshop..Dalam pukul 3 bangun,en.suami ckp dah lapar..Mandi, sembahyang n siap terus keluar g jitra.Pekena nasi ayam kat pekan jitra..Agak famous kat jitra...Lepas tu jalan-jalan kat Yawata Jitra.. N terus balik rumah.. Dalam pukul 10-11 mcm tu la, siap2 nak tido,tngk2 cik p dah datang..Awal la pula datangnya.. So,esoknya hari khamis.beerti hari ke dua period..Keesokan harinya dalam pukul 11.30 tengah hari terus g HSB untuk ambil darah.. Sampai ,terus masuk g klinik O&G.en.suami tunggu kt kereta je..Daftar kt kaunter n terus g ambil darah..Tak sampai 10 minit dah settle semuanya..Alhamdulillah..Tunggu next appointment pula..




11 comments:

  1. Smg Allah permudahkan usaha umie...Amin... Selalunya bila amik darah, doc nak check keadaan hormon ok ke tak... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaALLAH Akak..Mudah--mudahan dimakbulkan Allah.. O..Utk check hormon..First time,2 yg tak tahu..

      Delete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan Umie,,Ameen..

    ReplyDelete
  3. Umie, awak jitra kat mane? Ntah2 dekat.. :)

    ReplyDelete
  4. Salam umie. Dian pun sedang ber TTC harini genap 2 tahun 6 bulan. Ada kawan yang suggest Dian ke HSB..Perlu ke Dian terus ke hospital atau check kat klinik kesihatan dulu untuk dapatkan surat refer ke hospital? Minta pendapat umie coz ramai kata hosp kerajaan lambat kalau swasta pula mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm diana..Diana perlu ke klinik kerajaan dulu utk dapatkan surat refer ke O&G..Bg sy xda lambat mana pun Hospital kerajaan ni..Mula2 sy rasa mcm lambat juga..Sbb dpt tarih bulan 1..Sy ambil surat refer awal bulan 9..Bulan 1 br appoiment..Tp bila 1st p,dpt tarikh HSG 24 Feb..N utk keputusan 12 mac..Agak cepat..Lgpun masa sy ambl surat refer,sy minta utk HSB n dr sarah ckp kt HSB senang sikit...Apa yang penting teruskan je niat awak utk treatmen kat HSB..Yg penting awak yakin..Jng pedulikan apa org kata..Keputusan di tangan awak..

      Delete
    2. Thank you so much umie for the information n support..Memula tu rasa nak ke klinik pakar swasta je tapi bila google tengok anggaran kos rawatan memang agak mahal..tu yang terfikir nak ke hospital kerajaan. Dian duk sg petani ja and kerja di Alor Setar. In sya Allah, saya akan teruskan niat utk buat treatment di HSB..thanks a lot dear :)

      Delete
  5. Sama2 dian..Teruskan niat awak tu..Yang penting kita dapat tahu apa masalah kita nnt,dan kita akan cari jln penyelesaiannya...Jon usaha sama2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dian dah ke klinik last week..doc bagi ref letter ke hosp sultan abdul halim..kalau tak ada aral esok kami ke hospital..hope dipermudahkan jalan.. :) Jom usaha sama2 hehe

      Delete
    2. Alhamdulillah...Semoga segala urusan dian akan dipermudahkan..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...