Selamat datang ke blog saya..Segala apa yang terdapat dalam blog ini hanyalah sekadar perkongsian dari diri ini

Thursday, 21 March 2013

Isteri Solehah


Panduan Isteri Solehah
1. Apabila berbual bercakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring di atas ribaan.
2. Cuba masak yang paling sedap unutk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.
3. Temankan pasangan apabila melakukakn kerja bersendirian pada waktu malam.
4. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.
5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.
6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau buat keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.
7. Megemas tempat tidur umpama baru kahwin.
8. Ceritakan karenah anak yang membuatkan anda gembira atau geli hati kepada pasangan.
9. Usah dera pasangan secara fizikal atau batin .
10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerja yang dibuat dan orang yang ditemui.
 11. Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita memanjakan anak.
 12. Beri tindak balas positif apabila mendegar pasangan bercerita.
 13. Masuk tidur bersama-sama dengan pasangan. Jika kita ingin tidur dahulu, minta kebenaran daripada pasangan.
 14. Salam/peluk/cium dan belai pasangan sebelum bertugas.
 15. Cuba ketawa apabila pasangan buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.
 16. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat pasangan.
 17. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
 18. Berkelah bersama pasangan.
19. Doakan pasangan supaya bahagia di dunia dan akhirat (tanpa pegetahuannya).
20. Pelawa pasangan berjalan-jalan tanpa anak.
21. Cuba berikan apa-apa yang pasangan hajati.
22. Nyatakan yang ada merinduinya bila berjauhan.
23. Sesekali buat kuih kegemaran suami.
24. Beribadah atau menyertai kegiatan di gimnasium bersama-sama.
 25. Usah menghukum pasangan jika dia mengecewakan anda tanpa sengaja.
 26. Maafkan pasangan jika dia terlupa buat sesuatu untuk anda.
 27. Minta maaf dengan segera jika melukakan hati hatinya.
 28. Cuba fahami pasangan jika dia membangkang atau enggang membantu.
 29. Apabila suami minta maaf, terima dengan kasih sayang. Usah jual mahal sangat. Ingat, kebanyakan suami berasa sukar untuk meminta maaf daripada isteri.
 30. Pamerkan keseronokan apabila berhubungan intim.
 31. Tunjukkan simpati dan bantu pasangan mencari barang yang hilang atau tersalah letak.
 32. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika anda tidak mengemari pilihannya seperti pakaian, tempat makan, lauk-pauk dan destinasi percutian.
 33. Berkongsi perasaan negatif dengan pasangan secara terbuka tanpa menyalahkannya.
 34. Jangan mengesa suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukan kerana ini boleh menyebabkan suami tawar hati.
35. Elak memberi penjelasan dengan panjang lebar. Suami sering melenting apabila isteri “bersyarah” panjang lebar kerana ini menunjukkan seolah-olah isteri tidak percaya pada suami.36. Elak menjadikan suami berasa tidak mampu, tidak layak dan tidak berkebolehan.
 37. Ramai suami seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru, isteri perlu sanggup berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas daripada suami.
 38. Jangan cabar pasangan
39. Apabila berselisih faham atau bertengkar, fokus pasa masalah yang sedang dibahaskan dan usah ungkit perkara lalu.
40. Beri dan perbaharui kepercayaan kepada pasangan sepenuhnya setiap masa. Jangan suka mengenang rekod lama dan usah melabel pasangan berdasarkan rekod itu.
41. Jangan ingkar mengenai perkara yang telahpun dipersetujui. Pasangan akan berkecil hati jika anda menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak seperti dipersetujui bersama.
42. Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami. Justeru, jadilah si Kembang Cina. Fahami hakikat bahawa kebanyakan suami mengalami kesukaran memahami isteri.
43. Ramai suami berasa janggal dan malu menyatakan sayang pada isteri. Justeri isteri perlu membaca perlakuan suami yang menunjukkan kasih sayangnya. Usah paksa suami meluahkan perasaan. Sesungguhnya, “action speaks louder than words”.
44. Cemburu tanda sayang tetapi jangan keterlaluan kerana boleh menyebabkan pasangan anda menjadi rimas dan serba salah.
45. Untuk merangsangkan suami pamerkan kasih sayang dan puji selalu.
46. Elak menasihat suami jika tidak diminta. Isteri meminta nasihat unutk bermanja tetapi bagi suami itu satu kelemahan.
47. Apabila pasangan berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati, adalah lebih baik untuk mencari kepastian daripadanya. Usah membuat tanggapan sendiri yang mungkin tersilap.
48. Selepas berusah bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT semoga hidup kita bahagia di dunia dah akhirat, amin . . .

 credit to  MurahJual Aksesori

Wednesday, 20 March 2013

21 Mac 1947

21 Mac 1947 merupakah hari ulang tahun kelahiran arwah ayah..21 Mac 2013 genaplah 66 tahun umur arwah ayah..Dah 5 tahun arwah ayah pergi meninggalkan dunia ni,tapi rasa terasa seperti baru semalam arwah ayah pergi.Masih segar lagi dalam ingatan ini.Kehilangan yang amat besar pada diri ini.Seperti sebelah jiwaku pergi..Perginya arwah ayah secara mengejut seolah-olah membawa semua semangatku untuk hidup. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan,tahun berganti  tahun dah 5  tahun  berlalu. 18 Januari 2008 ,jam 7 pagi arwah pergi menemui ilahi.Detik2 itu masih terasa, seolah-olah baru saja berlaku.

Semoga roh arwah ayah tenang disana..Semoga arwah ayah ditempatkan dikalangan orang beriman.Doaku takkan putus buatmu disana.Umie sayang ayah.Tak lupa juga buat arwah mak.Doaku takkan putus buatmu disana.Semoga roh arwah mak tenang disana..Semoga arwah mak ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin Ya Rabbal A'lamin..

Al-Fatihah

Doa Agar Disayangi

Doa supaya dikasihi dan disayangi oleh suami/isteri, anak-anak, kaum kerabat, jiran-jiran, rakan-rakan orang bawahan dan seumpamanya.Amalkan ayat ini setiap hari selepas menunaikan solat lima waktu.


Terjemahannya :


Katkanlah ya Muhammad!"Jika kamu mengasihi Allah, maka hendaklah kamu mengikuti aku,nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu.Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.:


-Surah Ali Imran 3 : Ayat 31




Rujukan:
Buku 'Ikhtiar Penyembuh Penyakit'
Tuan Guru Dato Dr Haron Din

 

Saturday, 16 March 2013

Makanan yang Meningkatkan Kadar Progesteron



Sangat sedikit makanan yang mengandung senyawa yang identik dengan hormon progesteron manusia.
Namun, banyak wanita berhasil mengatasi masalah kesuburan, kehamilan risiko tinggi, dan ketidakseimbangan hormon menggunakan makanan yang secara alami meningkatkan kadar progesteron.

Tanaman Progesteron
Ubi liar (wild yam) terkenal mengandung senyawa yang sangat mirip dengan hormon progesteron, dan dipercaya mendorong produksi progesteron oleh tubuh.  Ingatlah bahwa ubi jalar, jenis ubi yang berbeda, tidak mengandung senyawa ini.

Makanan Progesteron
Kuning telur dan produk susu mengandung jumlah memadai akan progesteron. Namun, belum diketahui cara kerja makanan ini untuk meningkatkan kadar progesteron wanita.

Makanan dengan Vitamin B-6
Kenari,  sereal, dan susu kedelai semuanya mengandung sejumlah besar vitamin B-6 yang penting untuk menjaga keseimbangan kadar progesteron dalam tubuh.

Makanan Mengandung Seng
Seng dianggap penting untuk menghasilkan tingkat progesteron yang memadai. Makanan yang mengandung seng tinggi diantaranya adalah daging merah, kerang, ayam, dan kalkun. Semua makanan ini berpotensi meningkatkan progesteron tubuh.

Herbal
Kunyit dapat meningkatkan kadar progesteron tubuh, seperti juga thyme dan oregano. Memasukkan salah satu jenis herbal ini dapat membantu menjaga keseimbangan hormon progesteron.[]

Friday, 15 March 2013

LH,FSH n Progesterone

Assalamualaikum wbt...Dah lama rasanya tak update blog ni...Dalam minggu lepas Blogwalking blog rakan2 TTCian..Lepas tu terjumpa blog hani n 1 blog lagi yang share tentang hormon n pcos... Terus je teringat kptsn ujian darah umie..Buka laci n cari .Ada kat bawah rupanya..ingatkan ada kat mana tah tadi...Bila check balik kptsn 2,tak tahu nak cakap apa....Jadi umie search kat google tentang hormon LH,FSH n Progesterone.,Nak tahu brapa jumlah hormon yang stabil dan ini lah hasil pencarian tersebut...Semoga bermanfaat kepada semua..



Kadar hormon diperiksa untuk menentukan apa yang terjadi di dalam tubuh wanita. Kadar hormon dapat menunjukkan jika seorang wanita subur, akan menopause dini atau dalam masa perimenopause. Karena kadar hormon mempunyai kecenderungan untuk berfluktuasi, maka pemeriksaan harus dilakukan pada saat yang tepat.

Hormon2 yang diperiksa untuk tujuan diatas antara lain : Follicle Stimulating Hormone (FSH), Estradiol (E2), Luteinizing Hormone (LH), Prolactin, Progesterone (P4) dan Thyroid Stimulating Hormone (TSH)dan lain-lain.

FSH
Nilai normalnya: 3-20 mIU/ml.
FSH sering digunakan sebagai alat ukur cadangan ovarium. Secara umum, hasil di bawah 6 adalah sangat baik, 6-9 adalah baik, 9-10 rata2, 10-13 kurang cadangan, 13 lebih sangat sulit untuk dirangsang (ovulasi). Dalam pengujian PCOS (SOPK), perbandingan LH dan FSH (LH-FSH rasio) dapat digunakan untuk diagnosis. Rasio normal biasanya lebih kurang 1:1, tapi kalau LH lebih tinggi, ini adalah salah satu indikasi kemungkinan PCOS.


LH
Nilai normalnya: < 7 mIU/ml
Kadar LH normal lebih kurang sama dengan FSH. Jika kadarnya LH lebih tinggi dari FSH merupakan salah satu indikasi adanya PCOS.

Estradiol (E2)
Nilai normalnya: 25-75 pg/ml
Kadar batas terendah cenderung lebih baik untuk dilakukan rangsangsan ovulasi. Normal tinggi di hari 3 mungkin menunjukkan adanya kista fungsional atau berkurangnya cadangan ovarium (folikel).

Prolaktin
Nilai normalnya: < 24 ng/ml
Peningkatan kadar prolaktin dapat mengganggu ovulasi. Juga dibutuhkan pemeriksaan lanjutan dengan MRI untuk memeriksa kemungkinan adanya tumor hipofise. Beberapa wanita dengan PCOS/SOPK juga mengalami peningkatan kadar hormon prolaktin (hyper-prolaktinemia).

Progesterone (P4)
Nilai normalnya: < 1.5 ng/ml
Sering disebut kadar fase folikuler. Kadar hormon yang tinggi mungkin akan menurunkan angka lemungkinan untuk hamilan. Sedangkan jika kadarnya rendah makabisa mengkonsumsi suplemen alami seperti
FertilAid (bukan pesan sponsor ...)

Thyroid Stimulating Hormone (TSH)
Nilai normalnya:0,4-4 uIU/ml
Nilai tengah normal di sebagian besar laboratorium adalah sekitar 1,7uIU/ml. Kadar yang tinggi dikombinasikan dengan TSH yang rendah atau tingkat T4 normal secara umum menunjukkan suatu keadaan hipotiroidisme, yang dapat berpengaruh pada kesuburan.

Sumber: Cem-Macem; http://www.drdidispog.com/2010/02/kadar-hormon-wanita-dan-inteprestasinya.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...