Terima Lah Si Dia Seadanya
Siti
dan Aiman telah berkawan rapat selama beberapa tahun. Kemudian
tercetuslah bibit2 cinta dan kasih sayang yang amat mendalam dalam diri
mereka berdua. Tak lama kemudian, setelah bajet dah cukup, mereka pun
mendirikan rumah tangga. Harapkan hujan hanya di tengah hari, rupanya
sampai berminggu-minggu hujan turun Entah mengapa, pada awal usia
perkahwinan mereka, asyik berlaku pertelagahan dan pergaduhan.
Siti nie amat sensitive dan emosional orangnya … manakala si Aiman pulak
jenis yang tak banyak bersuara dan tak suka ambil tahu hal2 yang remeh
temeh. Satu lagi, sentiasa wujud miscommunications di antara mereka
berdua sehinggakan pada suatu tahap Siti menganggap suaminya jenis orang
yang takde perasaan langsung… gara-gara si Aiman yang tak pernah nak
memujuk rayu apabila isterinya merajuk. Sebenarnya merajuk tue hanyalah
taktik Siti untuk mendapatkan perhatian daripada suaminya. Boleh
dikatakan dalam seminggu tue, mesti ada sesi pergaduhan di antara mereka
berdua. Bukan pergaduhan yang melibatkan tangan la… Cuma perang mulut
jer…:-)
Actually, Siti nie sayang sangat2 kat suami dia… tapi
dia geram kerana terlalu banyak perselisihan faham yang berlaku di
antara mereka berdua. Hinggalah pada suatu hari, sedang Siti asyik
membelek sebuah majalah, dia terbaca satu kisah perbalahan rumahtangga
di mana si suami telah melempar peha ayam ke arah isterinya dengan
alasan kononnya gulai ayam bini dia masak tue tak sedappp…. Siti pun
mengucap panjang. Laki macam tu pun ader, fikirnya.
Tiba-tiba
dia terkenangkan suatu peristiwa di mana dia telah lupa untuk memasukkan
garam ke dalam gulai ayam yang dimasaknya. So, semasa makan malam
berdua, Siti buat dek jer sebab takut dimarahi suaminya. Tapi lain hal
pulak yang berlaku. Siti tengok lakinya makan dengan begitu ‘syok’
sekali.
Siti pun takleh tahan daripada bertanya, “Abang, camna dengan gulai ayam tuh? Best tak?”
Si suami menjawab sambil tersengih-sengih, “Ishh mestilah best. Air tangan bini abang yang masak. Takkan tak best pulak. Hihi…”
Siti pun terharu. Tak sangka dia akan mendapat jawapan yang paling
‘indah’ sekali walaupun dalam diam2 dia mengutuk dirinya sendiri kerana
gulai ayam yang dimasaknya tawar heber…huhu.. So, lepas kejadian itu,
Siti seolah-olah ‘tersedar’ dari lamunannya. Kini dia seolah-olah sedar
di mana silapnya dia sebagai seorang isteri. Siti akhirnya sedar yang
dia tak sepatutnya bersikap ‘selfish’, asyik merengek atau komplen kalau
ada benda yang tak disukainya dan asyik memaksa suaminya buat itu buat
ini. Dia akhirnya faham yang sikap bertolak ansur itu penting dalam
setiap hubungan. It doesn’t always have to be about one person. Now you
have to think about him too. What will he feels when you do that, do
this…
Dan the most important thing that Siti belajar dari nie
semua ialah untuk menerima diri si dia seadanya. Walaupun Aiman tak reti
langsung cara memujuk, tapi lepas rajuknya dah ‘reda’, dia akan
bercakap dengan lembut pada isterinya dan biasanya dia akan ajak
isterinya pi shopping atau jalan-jalan. Like a treat la… sebab dah tak
merajuk lagi…
Siti pun mulai sedar yang dirinya sendiri pun
banyak kekurangannya. Tapi suaminya tak pernah pulak nak membebel pasal
Siti tak reti memasak ker, mudah merajuk ker atau Siti tak reti sangat
nak manage masa. Sebenarnya sikap Aiman yang tak banyak bersuara tu
sebenarnya adalah a blessing in disguise – ada kebaikannya tersendiri.
Ia menunjukkan dia seorang yang penyabar, tenang dan amat sayangkan
isterinya. Dan itulah yang penting sebenarnya.
MORAL OF THE STORY.
Sebenarnya apa yang penulis nak sampaikan di sini ialah kalau si dia
boleh menerima diri kita yang serba kekurangan, apa salahnya kalau kita
pun menerima dia seadanya, kan? Kadang-kadang, kekurangan dia boleh
menjadi advantage pada kita.
Tapi jangan pulak kalau suami ko
main kayu tiga, ko pun terima pulak seadanya. Hishh… kena bertempat
jugaklah kalau nak amalkan petua nie. Pastu satu lagi yang penulis nak
tegaskan di sini khas buat para isteri dan (segelintir) suami, jika
pasangan you all suka menggunakan kekerasan dalam rumahtangga, jangan
pulak korang sanggup terima jer. Sebaik-baiknya, pi buat laporan pada
badan-badan yang berkenaan okey.
Artikel telah disalin semula dari..
setelkahwin.com
No comments:
Post a Comment