Selamat datang ke blog saya..Segala apa yang terdapat dalam blog ini hanyalah sekadar perkongsian dari diri ini

Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Thursday, 1 August 2013

Terima Lah Si Dia Seadanya

Siti dan Aiman telah berkawan rapat selama beberapa tahun. Kemudian tercetuslah bibit2 cinta dan kasih sayang yang amat mendalam dalam diri mereka berdua. Tak lama kemudian, setelah bajet dah cukup, mereka pun mendirikan rumah tangga. Harapkan hujan hanya di tengah hari, rupanya sampai berminggu-minggu hujan turun Entah mengapa, pada awal usia perkahwinan mereka, asyik berlaku pertelagahan dan pergaduhan.

Siti nie amat sensitive dan emosional orangnya … manakala si Aiman pulak jenis yang tak banyak bersuara dan tak suka ambil tahu hal2 yang remeh temeh. Satu lagi, sentiasa wujud miscommunications di antara mereka berdua sehinggakan pada suatu tahap Siti menganggap suaminya jenis orang yang takde perasaan langsung… gara-gara si Aiman yang tak pernah nak memujuk rayu apabila isterinya merajuk. Sebenarnya merajuk tue hanyalah taktik Siti untuk mendapatkan perhatian daripada suaminya. Boleh dikatakan dalam seminggu tue, mesti ada sesi pergaduhan di antara mereka berdua. Bukan pergaduhan yang melibatkan tangan la… Cuma perang mulut jer…:-)

Actually, Siti nie sayang sangat2 kat suami dia… tapi dia geram kerana terlalu banyak perselisihan faham yang berlaku di antara mereka berdua. Hinggalah pada suatu hari, sedang Siti asyik membelek sebuah majalah, dia terbaca satu kisah perbalahan rumahtangga di mana si suami telah melempar peha ayam ke arah isterinya dengan alasan kononnya gulai ayam bini dia masak tue tak sedappp…. Siti pun mengucap panjang. Laki macam tu pun ader, fikirnya.

Tiba-tiba dia terkenangkan suatu peristiwa di mana dia telah lupa untuk memasukkan garam ke dalam gulai ayam yang dimasaknya. So, semasa makan malam berdua, Siti buat dek jer sebab takut dimarahi suaminya. Tapi lain hal pulak yang berlaku. Siti tengok lakinya makan dengan begitu ‘syok’ sekali.

Siti pun takleh tahan daripada bertanya, “Abang, camna dengan gulai ayam tuh? Best tak?”

Si suami menjawab sambil tersengih-sengih, “Ishh mestilah best. Air tangan bini abang yang masak. Takkan tak best pulak. Hihi…”

Siti pun terharu. Tak sangka dia akan mendapat jawapan yang paling ‘indah’ sekali walaupun dalam diam2 dia mengutuk dirinya sendiri kerana gulai ayam yang dimasaknya tawar heber…huhu.. So, lepas kejadian itu, Siti seolah-olah ‘tersedar’ dari lamunannya. Kini dia seolah-olah sedar di mana silapnya dia sebagai seorang isteri. Siti akhirnya sedar yang dia tak sepatutnya bersikap ‘selfish’, asyik merengek atau komplen kalau ada benda yang tak disukainya dan asyik memaksa suaminya buat itu buat ini. Dia akhirnya faham yang sikap bertolak ansur itu penting dalam setiap hubungan. It doesn’t always have to be about one person. Now you have to think about him too. What will he feels when you do that, do this…

Dan the most important thing that Siti belajar dari nie semua ialah untuk menerima diri si dia seadanya. Walaupun Aiman tak reti langsung cara memujuk, tapi lepas rajuknya dah ‘reda’, dia akan bercakap dengan lembut pada isterinya dan biasanya dia akan ajak isterinya pi shopping atau jalan-jalan. Like a treat la… sebab dah tak merajuk lagi…

Siti pun mulai sedar yang dirinya sendiri pun banyak kekurangannya. Tapi suaminya tak pernah pulak nak membebel pasal Siti tak reti memasak ker, mudah merajuk ker atau Siti tak reti sangat nak manage masa. Sebenarnya sikap Aiman yang tak banyak bersuara tu sebenarnya adalah a blessing in disguise – ada kebaikannya tersendiri. Ia menunjukkan dia seorang yang penyabar, tenang dan amat sayangkan isterinya. Dan itulah yang penting sebenarnya.

MORAL OF THE STORY.
Sebenarnya apa yang penulis nak sampaikan di sini ialah kalau si dia boleh menerima diri kita yang serba kekurangan, apa salahnya kalau kita pun menerima dia seadanya, kan? Kadang-kadang, kekurangan dia boleh menjadi advantage pada kita.

Tapi jangan pulak kalau suami ko main kayu tiga, ko pun terima pulak seadanya. Hishh… kena bertempat jugaklah kalau nak amalkan petua nie. Pastu satu lagi yang penulis nak tegaskan di sini khas buat para isteri dan (segelintir) suami, jika pasangan you all suka menggunakan kekerasan dalam rumahtangga, jangan pulak korang sanggup terima jer. Sebaik-baiknya, pi buat laporan pada badan-badan yang berkenaan okey.

Artikel telah disalin semula dari..
setelkahwin.com

Thursday, 11 April 2013

Mengapa WANITA sangat Istimewa.... ..

Kredit to:     Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Jom Hamil's status.
Mengapa WANITA sangat Istimewa.... ..

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi....ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap.....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai...

> tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...
baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

> ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo
coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

> Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...." ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..." masuk toilet...buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..
bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok
kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

> dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..
ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan punade...adoi.. ..ok dah ...

> ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok
> sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni
eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

> aaahh...sedapnya dapat
baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..ahh...boring. ..panas pulak lotion nih...emm..sedapnya lelapkan mata..
Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."... selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

> So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

> Share info ini supaya kawan2 wanita anda juga tahu mereka hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...

Share juga kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan2 dengan lebih baik lagi...

> Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...Kalau lelaki mengakui kebenaran ini.....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

> HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!
========================================
Anak adalah anugerah yang tak mampu diUngkapkan dengan kata-kata..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...