Selamat datang ke blog saya..Segala apa yang terdapat dalam blog ini hanyalah sekadar perkongsian dari diri ini

Thursday, 1 August 2013

Terima Lah Si Dia Seadanya

Siti dan Aiman telah berkawan rapat selama beberapa tahun. Kemudian tercetuslah bibit2 cinta dan kasih sayang yang amat mendalam dalam diri mereka berdua. Tak lama kemudian, setelah bajet dah cukup, mereka pun mendirikan rumah tangga. Harapkan hujan hanya di tengah hari, rupanya sampai berminggu-minggu hujan turun Entah mengapa, pada awal usia perkahwinan mereka, asyik berlaku pertelagahan dan pergaduhan.

Siti nie amat sensitive dan emosional orangnya … manakala si Aiman pulak jenis yang tak banyak bersuara dan tak suka ambil tahu hal2 yang remeh temeh. Satu lagi, sentiasa wujud miscommunications di antara mereka berdua sehinggakan pada suatu tahap Siti menganggap suaminya jenis orang yang takde perasaan langsung… gara-gara si Aiman yang tak pernah nak memujuk rayu apabila isterinya merajuk. Sebenarnya merajuk tue hanyalah taktik Siti untuk mendapatkan perhatian daripada suaminya. Boleh dikatakan dalam seminggu tue, mesti ada sesi pergaduhan di antara mereka berdua. Bukan pergaduhan yang melibatkan tangan la… Cuma perang mulut jer…:-)

Actually, Siti nie sayang sangat2 kat suami dia… tapi dia geram kerana terlalu banyak perselisihan faham yang berlaku di antara mereka berdua. Hinggalah pada suatu hari, sedang Siti asyik membelek sebuah majalah, dia terbaca satu kisah perbalahan rumahtangga di mana si suami telah melempar peha ayam ke arah isterinya dengan alasan kononnya gulai ayam bini dia masak tue tak sedappp…. Siti pun mengucap panjang. Laki macam tu pun ader, fikirnya.

Tiba-tiba dia terkenangkan suatu peristiwa di mana dia telah lupa untuk memasukkan garam ke dalam gulai ayam yang dimasaknya. So, semasa makan malam berdua, Siti buat dek jer sebab takut dimarahi suaminya. Tapi lain hal pulak yang berlaku. Siti tengok lakinya makan dengan begitu ‘syok’ sekali.

Siti pun takleh tahan daripada bertanya, “Abang, camna dengan gulai ayam tuh? Best tak?”

Si suami menjawab sambil tersengih-sengih, “Ishh mestilah best. Air tangan bini abang yang masak. Takkan tak best pulak. Hihi…”

Siti pun terharu. Tak sangka dia akan mendapat jawapan yang paling ‘indah’ sekali walaupun dalam diam2 dia mengutuk dirinya sendiri kerana gulai ayam yang dimasaknya tawar heber…huhu.. So, lepas kejadian itu, Siti seolah-olah ‘tersedar’ dari lamunannya. Kini dia seolah-olah sedar di mana silapnya dia sebagai seorang isteri. Siti akhirnya sedar yang dia tak sepatutnya bersikap ‘selfish’, asyik merengek atau komplen kalau ada benda yang tak disukainya dan asyik memaksa suaminya buat itu buat ini. Dia akhirnya faham yang sikap bertolak ansur itu penting dalam setiap hubungan. It doesn’t always have to be about one person. Now you have to think about him too. What will he feels when you do that, do this…

Dan the most important thing that Siti belajar dari nie semua ialah untuk menerima diri si dia seadanya. Walaupun Aiman tak reti langsung cara memujuk, tapi lepas rajuknya dah ‘reda’, dia akan bercakap dengan lembut pada isterinya dan biasanya dia akan ajak isterinya pi shopping atau jalan-jalan. Like a treat la… sebab dah tak merajuk lagi…

Siti pun mulai sedar yang dirinya sendiri pun banyak kekurangannya. Tapi suaminya tak pernah pulak nak membebel pasal Siti tak reti memasak ker, mudah merajuk ker atau Siti tak reti sangat nak manage masa. Sebenarnya sikap Aiman yang tak banyak bersuara tu sebenarnya adalah a blessing in disguise – ada kebaikannya tersendiri. Ia menunjukkan dia seorang yang penyabar, tenang dan amat sayangkan isterinya. Dan itulah yang penting sebenarnya.

MORAL OF THE STORY.
Sebenarnya apa yang penulis nak sampaikan di sini ialah kalau si dia boleh menerima diri kita yang serba kekurangan, apa salahnya kalau kita pun menerima dia seadanya, kan? Kadang-kadang, kekurangan dia boleh menjadi advantage pada kita.

Tapi jangan pulak kalau suami ko main kayu tiga, ko pun terima pulak seadanya. Hishh… kena bertempat jugaklah kalau nak amalkan petua nie. Pastu satu lagi yang penulis nak tegaskan di sini khas buat para isteri dan (segelintir) suami, jika pasangan you all suka menggunakan kekerasan dalam rumahtangga, jangan pulak korang sanggup terima jer. Sebaik-baiknya, pi buat laporan pada badan-badan yang berkenaan okey.

Artikel telah disalin semula dari..
setelkahwin.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...