Selamat datang ke blog saya..Segala apa yang terdapat dalam blog ini hanyalah sekadar perkongsian dari diri ini

Thursday 27 December 2012

entah la

Bulan ni memang betul-betul kena jimat duit..Dapat bonus setengah bulan gaji pun macam tak dapat je..Semuanya disebabkan kena setelkan mcm-macm..Huhu..
Sejak en.suami xda kat rumah ni,memang la jimat duit sebab jarang keluar..Jadi boleh la simpan duit lebih sikit..Tapi dalam bulan ni sampaibulan 4,en.suami training kat ipoh.Tak boleh nak keluar.Jadi perbelanjaan rutin umie kena setlekan dulu..

Sebelum ni ada tanya en.suami

umie :nanti kalau abg tak de,duit kereta n insuran peribadi mcm mana?Sapa nak bayar?

en.suami : Duit kereta ayg guna duit ayang dulu,insuran pun ayang setlekan dulu..

umie: Eh..roadtax dah nak expired la.Roadtax nak buat mcm mana pulak..Ayg bukannya pernah buat pun..

en.suami : Roadtax pun kena guna duit ayang dulu.Hujung bulan ni,kalau abg boleh outing abg tranfer duit kat ayg.Ayg call je en........ suruh dia buat dl..Bila siap suruh dia call bgtau n bg duit..

umie: ok..nanti ayg call dia..

18/12/12 gaji... mula-mula keluarkan rm700.Abg bagi duit rm100 = Rm800 bayar duit kereta rm450,minyak kereta rm50,adk pinjam 200 beli barang kat rumah rm60.baki rm40 je..
keluarkan rm1000. rm 50 bg kat adik kt kg,rm505 roadtax,minyak kereta rm50,beli barang rm30

Hari ni 27/12/2012 baki dalam tangan ada rm360 je..Kat bank ada la sikit lg..

Memang dasyat la perbelanjaan bulan ni...baru 10 hari gaji dah habis seribu lebih..Tp xpe...nanti boleh tuntut balik dari en.suami..Lgpun,sepanjang training makan minum disediakan.jd memang xpakai duit langsung..Gaji yang masuk tiap-tiap bulan simpan je..

Tuesday 25 December 2012

Kehilangan

Hari ni, Alhamdulillah umie selamat sampai ke rumah setelah bercuti di kampung.Seronok sangat dapat luangkan masa bersama famili kat kampung..Abg dari KL pun balik juga,jd memang meriah rumah kat kg. Masa nak bertolak balik rumah tadi memang rasa malas sangat.Rasa macam tak nak balik je.Duduk kat kampung terus kan best..Tapi nak buat macam mana,esok dah kerja..Mungkin tahun depan pula nak cuti panjang..

Tetiba je malam ni rasa sunyi sangat. Tak tahu nak buat apa. Teringat pada en.suami..Apa cerita en.suami kat sana..Rasa mcm nak nangis je..Last dapat berita dari en.suami, minggu lepas.Lepas tu terus senyap.. Susah sangat nak contact en.suami..Mungkin sebab kat kampung ramai orang n riuh dengan anak saudara bila dah balik umah dah xde budak-budak,memang sunyi je rumah..Jadi memang membuatkan hati ni semakin merindui en.suami..Buat apa pun mesti teringat en.suami.Selalu buat apa pun sama-sama..Bila xda partner memang terasa sangat-sangat..Memang xda orang yang dapat tolong...Huhu...Online,blogwalking n main game pun tak dapat nak hilangkan rasa sunyi n sedih ni..Tak tahu dah nak buat apa..Lambat lagi en.suami nak balik..

Tambahan lg,semua tu buat umie teringat kenangan lalu.. Kehilangan orang yang paling disayangi.. Tarikh 19/01/2008 n 09/05/2009 tak mungkin umie lupakan.19/01/2008 umie kehilangan ayah yang amat disayangi..Arwah ayah telah pergi mengadap ilahi pada terikh tersebut..Kehilangan yang sangat memberi kesan dalam diri umie. Pada mulanya memang umie tak dapat nak terima kenyataan.Umie asyik salahkan diri sendiri dan selalu bertanya,kenapa Allah ambil ayah kenapa bukan umie..Masa tu,arwah mak tengah sakit n adik-adik masih sekolah.Jd,memang umie tak dapat terima kenyataan sebab umie memang rapat dengan arwah ayah..Lepas arwah ayah meninggal,memang umie asyik nangis je..Orang memang langsung tak boleh sebut pasal arwah ayah depan umie.Kalau sebut , mesti nangis n asyik teringat je..Tiap-tiap hari tido engan arwah mak,bila bangun pagi mesti tengok sama ada arwah mak masih bernafas..Umie takut sangat masa tu.Umie takut kehilangan lagi..Umie dah tak sanggup nak hadapi sekali lg..Umie memang ambil masa hampir setahun untuk kembali pulih..Bila pikir pasal arwah mak yng tengah sakit n adik-adik yang msih sekolah,umie jadi semakin kuat untuk teruskan hidup.Bila pikir balik,sapa nak jaga mak,sapa nak masak n tengokkan adik2 semangat untuk teruskan hidup semakin kuat n perlahan-lahan umie cuba mulakan hidup baru..Selepas setahun 4 bulan arwah ayah pergi mengadap ilahi,pada 09/05/2009 arwah mak pula menyusul pergi mengadap ilahi.Dugaan Allah datang silih berganti meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam jiwa umie adik beradik..Bila selalu bersama,jarang-jarang terpisah, bila hilang memang amat terasa.

Lepas semua ni berlalu,umie selalu bgtau kawan-kawan,hargailah mak ayah selagi mereka masih hidup,balas lah jasa mak ayah, bila ak ayah dah xda,dah tak boleh buat apa2.Kalau buat salah cepat2 minta maaf,jangan sampai bila mak ayah dah tak ada,menyesal tak sudah..Bulan 1 2013 genap lah 5 tahun arwah ayah pergi mengadap ilahi n bulan 5 2013 genaplah 4 tahun arwah emak pergi mengadap ilahi..Walau dah bertahuh mereka tiada,rasa macam baru semalam mereka pergi mengadap ilahi..

Setelah bertahun berlalu,terpisah dengan en.suami buat kenangan itu sentiasa bermain di ingatan.3/1/2013 genap sebulan terpisah dengan en.suami.Lambatnye rasa nak cukup 4 bulan setengah.Walau yang berlalu rasa kejap je dah hampir sebulan.Tapi hari-hari mendatang rasa terlalu lama untuk hadapi..

Saturday 22 December 2012

Balik kampung

Hari ni dah hari ke 20 tanpa suami disisi..Memang la sedih terpisah dengan en.suami.Tapi,demi masa depan,hari-hari mendatang tetap perlu diteruskan..Sunyi,sedih dan rindu sentiasa terpahat di hati ini.. Apa-apa pun kesabaran tetap menjadi keutamaan dalam menempuh ujian Allah ini..Sabar dengan dugaan yang tak seberapa ini..

Dalam entry sebelum ni,umie ada beritahu nak balik kampung minggu ni.Dan Alhamdulillah hari ni dah hari kedua umie ada di kampung..malam 20/12 umie balik kg..Dalam pukul 1 pg baru sampai kampung..Sampai je kat kampung terus peluk cium anak buah..Dah berbulan tak jumpa..Abang baru balik dari KL..Dengan wajah yang tembam n bulat tu,memang buat umie jadi geram.OTW balik dia dah tidur puas.Sampai kat kampung dia taknak tido pulak..Puas umi n abahnya pujuk..Baru la nak tido..


Ni la gambar si tembam tu

Malam ni umie pergi umah abg pula..Saje je g tido umah abg pula..Sebelum ni tak pernah datang tido sini lg..Ye la,dengan en.suami tido umah arwah mak ayah je...Bila en.suami tak ada ni,baru la ada peluang nak datang tido sini.Sebelum ni cuma datang singgah je...Ok lah...Time to sleep...ZZzzzzzz

Monday 17 December 2012

Akukah yang bersalah

Tengah makan nasi,tetiba tersentap terbaca 1 mesej dalam enset bapa mertuaku...Tu pun gara-gara mak mertua minta tlg bacakan mesej.Ada 2 mesej belum dibaca..1 Adik ipar antar no akaun bank n 1 lg dia bgtau top up dah dapat...Bila keluar tetiba je nampak 1 lg msj yang dah dibaca kat bawah 2..Tetiba je gatal tangan nak buka...Memang tersentap kat situ..Terhenti kejap makan nasi.Terus je rasa kecil hati,sentap,sedih sayu,sebak,bergenang air mata ni..Otak menerawang entah ke mana..Macam-macam tanda tanya n persoalan yang xada jawapan bermain di fikiran...Mak mertua ada kat tepi,jd teruskan makan nasi walau rasa terpaksa je nak telan.Terus kawal perasaan ,buat macam xda pape berlaku.Makan sampai abis... sembang-sembang dengan mak mertua sambil tengok tv.Lepas tu mak mertua pergi sembahyang... Relax-relax jap kat bawah.Pastu terus je naik atas masuk bilik.Duduk kejap.Air mata ni yang tak sabar-sabar je nak menitik tadi ,terus je menitis..Mungkin salah aku sebab baca mesej tu..Sebab tu aku jadi macam ni.Tapi aku lagi terasa bila adik ipar aku sendiri antar mesej macam tu kat bapa mertua aku..Memang aku betul-betul sedih..Dia boleh cakap terus dengan aku kalu tak puas hati ke ape ke..tak perlu nak luahkan tak puas hati dia kat bapa@mak mertua aku...

Kes ni terjadi minggu lepas...Adik ipar aku mesej aku nak pinjam kereka hari ahad nak pi Perlis.Nak p ambil diploma dia..Katanya nak p ambil member kat Gurun, n terus p Perlis..Masa dia mesej aku ada kat bawah.2x dia mesej.Memang aku tak sedar mesej tu sampai.Dalam pukul 10 lebih,masuk bilik,tapi tak tengok enset pun.Mengadap laptop dulu.Tetiba da mesej masuk.Adik ipar aku yg lg sorg mesej bgtau yang adik ipar aku yang lg sorg ni nak pinjam kereta mlm tu sampai esok nak p perlis.Katanya dah siap bgtau bapa mertua aku pasal tu n bapa mertua aku benarkan...Kalau korg la kan...apa korg rasa??? Mungkin bagi sesetengah org memang tak da masalah..Bagi je la kan...

Tapi aku tak bg..Masalahnya,hari ahad tu aku kerja..Kalau aku bagi,macam mana aku nak pergi kerja.. Lepas tu aku pikir-pikir balik...Hari Ahad,ada ke pejabat buka kat Negeri Perlis?????Konfius aku...Boleh caya ke..Lg 1,yang aku tak bagi sebab,masa suami aku ada pun dia pernah minta pinjam sebab nak ada hal nak kna pergi Alor Setar,tapi suami aku tak bagi..Suami aku tak bagi pun sebab perangai adik ipar aku tu juga...Sebelum ni,adik ipar aku pernah minta pinjam kereta nak p kedai disebabkan hujan...Waktu malam masa tu...Masalahnya dia cakap pergi kejap je,tapi tak balik-balik...Keesokan harinya kenduri umah mertua aku..Aku la kawin pada masa tu...Cuba bayangkan,orang nak guna kereta,tapi dia tak balik-balik lg... Dah la telefon tak angkat-angkat...Dalam kul 10 baru dia balik rumah..Bila tanya ,dia jawab dia tido rumah kawan dia..Dengan perasaan tak bersalah je dia jawab...Sepatutnya pukul 10 pagi ,suami aku dah kena ada butik pengantin.Siap-siap pakai baju pe semua...Tapi dalam kul 11 baru sampai.Aku kul 9 dah g butik..Nak mekap lg,mst la lambat...So,aku bajet,aku siap, suami aku sampai,boleh terus balik rumah aku skali,sblum rombongan bertolak g kenduri sblah lelaki...Bila telefon.cakap otw...kena 5x,terus aku call abg asu suruh ambil aku kat butik...Mmg aku dah naik angin.Cakap tak serupa bikin...Tapi taknak bgtau sebab apa lambat...Tu semua,budak tu punya hal...Sejak tu memang suami aku tak pernah bagi adik ipar aku pinjam kereta dah..Jd,bila suami aku tak da ni,aku jadi serba salah..Nak bagi ke tak..Kebetulan minggu lepas aku kerja hari ahad.Jd, mmg aku tak bagi la..Dengan alasan aku kerja...

Disebabkan aku tak bagi la yang jadi kes yang kat atas skali tu...Aku ke yang salah?Rasanya kesalahan aku hanyalah baca mesej tu je..Mesej yang membuatkan aku jd terguris,tersentap,kerkedu...Membuatkan aku rasa,siapalah aku dalam rumah ni bila suami aku tak ada...Baru 2 minggu dah macam-macam..Tak termasuk lg dengan masalah yang memang sedia ada dalam kepala otak aku ni...Masalah yang membuatkan aku buntu seketika...Apa yang harus aku lakukan???

Thursday 13 December 2012

Tersentuh hatiku



Assalamualaikum wbt...
Dah 2,3 hari umie tak update blog...Cuma blogwalking Blog TTCian je...Rasa malas nak update...Nanti-nanti je la update... Petang tadi blogwalking blog TTCian..Ada terbaca 1 blog ni yang membuatkan diri ini menitis air mata..Sayu je rasa...Teringat kenangan yang lalu bersama arwah emak n arwah ayah..Walaupun dah 5 tahun barlalu tapi rasa macam baru semalam je arwah ayah n arwah mak meninggalkan diri ni.. Kejap je rasa..Antara sedar dan tidak cpatnya masa berlalu..Dah 5 tahun hidup dalam kenangan..Rasa teringin sangat nak blik kg.Nak lawat kubur mak n ayah...Last pergi masa raya haji hari tu..Tak sabar nak balik kampung...Lg 1 minggu je...Minggu dpn dah nak blik kampung...Alor Setar nantikan kehadiran ku....

Sunday 9 December 2012

Sibukkan diri untuk

09/12/12
Hari ni dah 7 hari en.suami kat ipoh..Perasaan rindu memang membuak-buak dalam diri ni.Tapi nak buat macam mana, terpaksa la tanggung sorg-sorg..Harap-harap en.suami kat sana pun sama..Saling merindui antara satu sama lain.Rindu...rindu...rindu sangat..

Pagi tadi keje..Jd xda la ingat sangat kat en.suami.Tapi dalam pukul 1 lebih dah mula touching-touching...huhu..Sebak je rasa..Teringat kat en.suami.Keje stanby je.Jd xde keje nak buat.Mengadap komputer je.Main game,blogwalking TTCian n berfacebook pun xda hilangnya rasa boring, jg teringat la dkt en.suami.Selalunya kalau keje hari cuti,time boring mmg akan mesej2 dengan en.suami.Tapi tak boleh nak mesej.Nak tido,mata lak tak nak lelap...ape la nasib...

Lepas blik keje kul 3 makan nasi dl.Pas2 lepak-lepak dalam bilik.. Tapi teringat kat en.suami.Tetiba je rasa sebak n terus nangis sorang-sorang..Huhu...sambil tu online fb.Tngk adk ipar tengah online.Terus je msj adik ipar..Luahkan segala yang terbuku dihati dekat adik ipar..Lega sikit rasa..Adk ipar bg kata-kata semangat. Alhamdulillah perasaan ini semakin okey..Dan tenang...Lepas tu cuba untuk tidur jap,untuk tenangkan diri ni.Tapi tak berjaya tido.Entah kenapa mata ni langsung tak nak pejam.Pasang lagu,tapi tak boleh ilangkan teringat kat en.suami..

Lepas tu,terus bangun turun bawah.Tengok tv kat bawah,padahal dalam bilik pun ada tv..Bukannye apa,kalau duduk sorg-sorg mesti teringat kat en.suami.Bila tengok tv kat bawah rasa okey siikit sbb boleh sembabg-sembang ngn mak mertua n adik ipar.Jd xda la ingat sangat..Tengok Oasis.Best juga tengok motivasi bersama dr fadhilah kamsah n Prof Muhaya...Lapang rasa minda ni dengar motivasi..Seterusnya, basuh baju..Relax-relax jap..Mandi n solat magrib..Lepas tu sidai baju..Abis sidai baju,tengok berita TV1..
Pukul 8.00 layan bola..Tapi mula-mula tengok rasa sakit hati je..Siapa yang tengok msti tau kan kenapa...Terus tak jadi tengok bola..

Mak n ayah pergi surau..Masuk bilik, iron baju untuk dua hari...Tetiba je rasa rajin nak iron baju mlm-mlm..
Sejak en.suami tak ada memang perasaan malas menguasai diri..Bju iron pagi-pagi time nak pegi keje..Baju berlonggok tak basuh,Bilik tak berapa nak kemas.Alhamdulillah hari ni mcm ada semangat baru..Habis semua buat...Basuh baju,kemas bilik n iron baju mlm-mlm ni...Tengah-tengah iron baju tetiba je rasa sakit pinggang...Nape tah...Masa nak tunduk tadi rasa mcm nak jatuh je...Huu...kenapa ni?Mungkin buat bnyk benda kot...Lg best,petang semalam umie basuh kereta sendiri...Perkara yang tak pernah dibuat dalam hidup ni...Pecah rekod tu..Selalunya bab basuh kereta ni memang keje en.suami.Kalau en.suami tak basuh sendiri, dia hantar carwash je...Terbaiklah..

Lepas selesai semua tu,lepak dalam bilik, layan Cinta Halal kat TV3...Dah dua kali tengok dah pun,tapi naak tengok gak..Sebab crita tu lawak sikit..Jd xda la boring sangat... Hari ni dah dapat satu jalan,cara nak lupakan seketika perasaan rindu tu...Iaitu sibukkan diri..Tak kisah la buat ape pun..Jaji dapat sibukkan diri...

Saturday 8 December 2012

Sayang

 08/12/12
Hari ni dah hari ke 6 en.suami tak ada bersama..Petang-petang macam ni tetiba teringat pula kat en.suami..Huhu..Sedih melayan perasaan rindu..Nak telefon xboleh,nak call pun tak boleh.Tempat tu tak boleh bawa handset.Jadi terpaksa lah si isteri merindui dari jauh..

Zahir Tak Terucap


Nyata bukan khayalan
Apa yang aku alami
Kau menjelma setelah menghilang
Kini berdiri di lamanku

Teramat getir keadaan ini
Nak kubiarkan tak sampai rasa di hati
Andai kusambut itu bererti
Berdosanya diriku ini

Aku terpaksa kuburkan
Walaupun kasihku ada
Harus kuterima hakikat
Dia masih memerlukanmu

Nyata bukannya khayalan
Apa yang aku alami
Kau menjelma setelah menghilang
Mengharap suatu yang tak mungkin
Terbongkar kini
Yang dulu terkunci
Namun semua itu
Sudah tak bererti
Silapnya kita saling memendam
Sukar meramal perasaan

Aku sememangnya ada
Menyimpan kasih padamu
Cuma zahir tak terucap
Kerna dibayang rasa sangsi

Friday 7 December 2012

Sekadar perkongsian


Entry ni adalah sambungan dari entry sekadar perkongsian .Selepas ambil clomid xde hasil lg.Doc ada bg acid folic,pyridoxine-10 & EPO sebagai tambahan untuk kuatkan rahim n suplement.Lepas 2,3 bulan umie stop dulu treatment dgn doc 2 sebab masalah kewangan.

Lepas tu,kebetulan mak ayah member ada pergi haji,jadi minta kirim belikan buah zuriat.Nak cuba.Mana tau ada hasilnye.Lepas diaorang balik mekah diaorang cuma sedekahkan buah zuriat tu untuk umie.Diaorang memang tak mahu ambil duit langsung.Niat nak tolong katanya.Jadi mula la operasi merebus buah zuriat..Mula-mula sekali buka en.google cari cara nak rebus buah zuriat.Maca-macam cara ada.Ada yang cakap rebus sabut saja,ada yang cakap rebus isi saja,ada yang cakap rebus isi dan sabut sekali.Lepas bincang dengan en.suami,jadi keputusan yang diambil rebus isi dan kulit sekali.Nak buka buah 2 pun dah siksa.Kulit buah zuriat tu memang keras sangat.Sampai en.suami ambil parang n lesung batu untuk ketuk parang tu.Lama juga la baru berjaya.Jadi mula la operasi merebus buah zuriat.Lepas rebus,air jadi mcm air teh.Bau air tu boleh tahan juga la..masa nak minum memang umie kena tutup hidung.Tapi en.suami selamber je minum.Macam xda bau ape-ape pun.En.suami cakap bau air tu ok je.Lain orang lain caranya..

Lepas tu umie n en.suami pergi umah sorg ustaz kat kapala batas.Ramai member cakap ustaz tu bagus.Ramai yang pergi jumpa ustaz tu dah preggy.Jadi en.suami ajak umie pergi rumah ustaz tu.Ustaz tu buat air.Minum setiap malam sebelum tidur n ambil sikit sapu kat perut setiap hari sampai air tu habis.Banyak kali jugak pergi kat ustaz tu,tapi belum ada rezeki lg.

Lepas stop jumpa ustaz tu,umie pergi jumpa sorang bidan kat kg umie.Ni pun kakak ipar yang bgtau.Jadi umiebalik kampung pergi jumpa bidan tu.Dia check rahim.Dia cakap xda masalah.Senang lekat katanya.Lepas tu,dia buat air,minum 1x sehari,gula-gula,makan 1biji sehari,sireh pinang 3 piak(helai daun sireh yang dilipat dengan pinang dan kapur).Makan 3 hari berturut-turut,ambil air sireh tu dan sapu kat perut dan belakang.En.suami la mangsanya untuk sapu kat belakang, n minyak.Minyak tu gunakan untuk sapu kat perut & belakang.Sekali lg en suami jd mangsa.Lepas beberapa kali pergi masih xda rezeki lg,jd umie sstop dgn makcik tu.

Lepas tu,umie pergi kat bapa kawan abang umie dekat Sik.Kawan abang yang bagi tau.Sepupu umie pun pergi kat situ jugak.Sepupu umie 7 tahun kawin tapi belum ada anak lagi.Lepas pergi jumpa bapa kawan abang umie tu, Alhamdulillah terus lekat.Setiap tahun preggy.Skrg ,sepupu umie tu dah 3 orang anak.
Jadi umie pun pergi jumpa org tu.Dia buat guna buah kelapa hijau.3 biji.1 hari minum 1 biji.Lepas pergi situ pun belum ada rezeki lg.

Lepas tu umie pergi mengurut kat padang serai,member yang bgtau pasal ni.Sebelum tu,ada jugak cadang kat en.suami untuk cuba mengurut.Mana tau kot-kot ada rezeki.Jadi pergi mengurut 3 hari berturut-turut.Hari first pergi mengurut,akak tu cakap badan umie banyak angin n rahim terlalu tinggi.Jadi dia akan urut untuk turunkan semula ke tempat yang sepatutnya.Akak tu ada bagi makjun.katanya dibuat daripada pokok subur.Lepas pergi n makan makjun tu pun masih belum da hasil..

Dan yang terakhir umie n suami pergi jumpa sorg ustaz di Kulim.Member dah kawin 3 tahun tapi belum ada anak pergi jumpa ustaz tu alhamdulillah ,isterinya dah berjaya preggy.Dia yang suggest.Jd umie pun pergi.Mula2 ustaz tu check dulu sama ada ,ada gangguan  daripada makluk halus ke tak.Ustaz tu check umie,tapi xda masalah.Check en suami n cakap kemungkinan ada gangguan.Ustaz tu dah buangkan gangguan tu n bagi air untuk mandi 3 hari berturut-turut n minum.Ustaz tu suruh umie minum sekali untuk check sekiranya terdapat gangguat yang tak dapat dikesan.Alhamdulillah tiada apa-apa gangguan.Baru sekali pergi jumpa ustaz tu,en.suami pula kena pergi training keje kat ipoh.Jadi terhenti la dulu treatment dengan ustaz tu.Lepas en.suami pergi training mmg umie n suami stop dulu usaha nak preggy ni.Tunggu sampai en.suami abeh training dulu..BUat masa sekarang umie masih makan EPO sahaja.Lepas ni nak cuba Set Kesuburan Al Khishbun.Mana tau ada rezeki.Tak salah mencuba.Lagipun usaha tangga kejayaan.












Thursday 6 December 2012

Hari ke 4- Sedih & Sunyi

06/12/12
Alhamdulillah hari ni semuanya berjalan lancar dari pagi sampailah ke malam..Cuma tadi ada la ter touching sket...Tengah tngk tv td,ada 1 iklan ape tah ttg org akad nikah n sampai lah ke tua..tetiba je teringat kat en.suami...huhu...Sebak je rasa..Kan best kalau en suami ada kat sisi..Rindunye..
Skrg tengah msj dgn adk ipar yang kat uitm sri iskandar..Sharing-sharing sket.Dia pun dalam hujung bulan 12 ni akan ditinggalkan sementara oleh Boyfren dia,sbb BF dia dapat kerja kat pelantar minyak..Enset pun xbleh bawa...hehe...sama la nasib kteorang ye...Malam ni , azam nak tido awal.10.30...Ntah berjaya ke tidak...

Wednesday 5 December 2012

Hari ke3-sedih & sunyi

05/12/12
Hari ni dah masuk hari ke 3 tanpa en.suami di sisi.Lambat lagi nak sampai dua bulan...Lamanya..Baru 3 hari dah rasa macam berbulan tak jumpa en suami..Apa nak buat ni?Tengok gambar pun tak boleh nak hilangkan rindu hati ini.Sabar je lah.

Hari ni kerja memang best sangat.Sebabnye xda orang kt tmpat keje.Ramai yang bercuti sebab malam tadi pergi even PICC putrajaya.Pagi tadi pukul 5 pagi baru sampai Penang.Jd pengarah bagi cuti hari ni untuk diaorang.Dan dalam pukul 11 pagi pula,separuh lg staf yang kerja wp pergi kenduri rumah penolong pengarah kat alor setar.Jadinya kat tempat kerja mmg xramai staf..Bos-bos semuanya xde..hehe...Disebabkan xde kerja jd pukul 1 lebih tengah hari tertido jap kat meja.pukul 2 suku baru bangun.tu pun sebab member masuk pjbt...Petang pula mengadap komputer je..sampai lah pukul 5..

Hari ni feeling dah semakin okey..Xde nangis-nangis dah.Dah mula dapat terima kenyataan...huhu  cakap je.dalam hati siapa yang tahu...Tadi pulak sharing-sharing dng adik ipar.Skrg dia kat UITM Sri iskandar. Kebetulan dia online td.Lega la sikit hati ni dapat sembang-sembang dgn adik ipar.Kalau adik ipar ada kat rumah lg best.Kiteorang selalu share-share story...Termasuklah hal ehem-ehem dia...boyfren dia la... jangan salah faham pulak..hehe...dan sekarang,layanz vokal bukan sekadar rupa.Saya suka dengar nadeera menyanyi...vokal yang mantap...layanzzzz

Tuesday 4 December 2012

Hari ke 2- sunyi n sedih

04/12/12
Hari ke 2 tanpa en.suami disisi.Hari ni bangun pagi je teringat kat en.suami.Mata pulak bengkak..hehe... Mana taknye semalam dari pagi sampai malam asyik nangis je.Rasa malas je nak pergi keje.Rasa mcm nak cuti je.Tapi kalau ambil cuti lg la teringat kat en.suami. al-maklumlah duk rumah xde keje dari pagi sampai petang.So,terus g mandi n siap-siap pegi keje.Dalam pukul 7.10 keluar rumah,sampai tempat keje dalam pukul 7.45 pagi.Lepas punch card,menung kejap dalam kereta,lepas tu terus pergi morning meeting.

Dalam meeting pulak kena smash dengan member pulak.Geram betul rasa hati ni.Sebak je rasa.Bangang betul la.Dah tau aku tengah sedih boleh dok buat lawak bodoh pepagi buta.memang spoil mood aku la... Pagi-pagi dah sakitkan hati aku.Suka hati aku la,laki aku nak tinggal aku ker,aku kena tinggal ke,lantak la.yang kau dok sebok sangat pasal aku buat apa.Aku tak kacau hal kau punnnnnnnnnnnnnnnnnn...
Buat sakit hati je pagi-pagi...

Habis meeting,pergi buat SKT kat pjbt.OTW nak masuk pejabat ada lagi yang smash aku pasal tu.Aku tak kacau korang pun la.Hati dah mmg bengkak,mmg betul-betul sebak.Masuk bilik duduk je diam,tahan sebak didada,member datang duduk depan n cuba cakap something.Terus je aku nangis depan kawan aku tu..Tapi kawan aku tu mmg pandai pujuk..Dia berjaya buat aku ketawa dalam tangisan.Terima kasih kawan.Kau lah kawan aku yang terbaik yang selalu ada di sisi aku setiap kali aku perlukan kawan.Kau dah berjaya buat aku tersenyum sepanjang hari ni...Aku sayang kau..hehe..

Tadi petang balik keje,terus on laptop.Sebab nak lupakan sedih ingatkan en.suami.Terus je layan ISTANBUL AKU DATANG...Best...n...sedih...Ada situasi yang sama dgn situasi aku.Sambil layan crite tu sambil layan feeling..hehe..ada kala terdiam,ada kala tersenyum sorg-sorg.

Malam ni pula,layan cerita mimpi cinderella kat tv 3.Tiap-tiap minggu mesti tunggu.sambil-sambil layan crita tu ,ambil peluang update blog.Skrg jam menunjukkan pukul 10.03,nak iron baju n terus tido.Sejak en.suami xde ni,mmg dah azam nak tido awal.Kalau boleh pukul 9 dah nak tido,tapi belum berjaya lg.paling lewat pun pukul 11 malam kot...

Monday 3 December 2012

Sunyi & Sedih

03/12/2012
Hari ni first time terpisah dengan en.suami..Rasa sunyi n sedih sangat..Tak tahu nak luah kt sape..Hari ni en.suami lapor diri training keje kat ipoh.4 bulan setengah kat sana..2 bulan pertama langsung tak boleh balik.Lg 2 bulan boleh balik ujung minggu..Tapi bkn setiap minggu la.Hanset pulak tak boleh bawa..Lagi la rasa sunyi hati ni..

Sebelum pergi,1 minggu en.suami ambil cuti.Setiap hari antar umie pergi keje n ambil.Minggu lepas mmg jd bos la...Mmg betul-betul dimanjakan oleh en.suami..Lepas keje mesti pergi jalan-jalan.Cakap je nak pegi mana,terus en.suami bawakan,xde banyak soal..Bab makan lg la...sebut je mst dapat punya...Mentang-mentang la nak tinggal bini...Hehe..Sampaikan semalam pun kluar jugak n en.suami blanja makan pizza hut..Dah lama request,n en suami janji nak blanja sblum p training akhirnya semalam baru dapat.itu pun secara tak sengaja.Hari sabtu en.suami bawa pergi sunway carnival mall cari pizza hut.tapi xde.last2 shopping kat parkson n giant.Jd dah lupa la pasal pizza hut tu..Semalam kluar cari perfume.pergi tesco SP xde,so pergi Giant SP,lepas beli perfume tu ,sj la jalan-jalan window shopping.Tetiba ada nampak pizza hut.Terus ckp dkt en.suami.en.suami angguk je..dah janji kan...Best jugak la..


Pagi tadi kul 5 dah bangun,siap-siap dalam pukul 6.15 terus bertolak g ipoh.Dalam 2 jam sampai la.Yang ikut skali g antar adik ipar a.k.a driver time balik,bapa mertua,adik ipar bongsu n umie..OTW p mmg dah rasa sebak.Tak tahu nak cakap mcm mana.Sebak sorang-sorang atas kereta tapi bolih control lg..Sampai kat tempat lapor diri lebih kurang pukul 8.15.Laju jugak la en.suami bawa..Time ni perasaan masih boleh kontrol lg.Relak je.Dah lapor diri,dengar taklimat waris n masa nak balik...Mula-mula boleh kontrol lagi.Bila salam dngn en suami n en suami kiss pipi mmg tak boleh nak tahan..Air mata ni laju je turun.Lepas tu memang umie dah tak tengok muka en.suami. Umie tak mampu nak hadapinya.Terus pergi kt tepi.en.suami datang kt blakang pegang tangan umie n pujuk umie.Lagi pujuk,lagi la menangis.Memang dah tak boleh tahan nangis. En.suami cakap "abg pergi tak lama,abg buat semua ni untuk ayg juga..n dot...dot...dot.." umie angguk je.Dah tak mampu nak cakap apa-apa.Mmg umie dah tak tengok en.suami masuk.Umie tak mampu nak hadapi.

Lepas tu terus masuk dalam kereta,peluk bantal kuat-kuat.adik ipar yang drive.Umie mmg dah tak boleh nak drive.Time dalam kereta ,umie dah ok dah.bapa mertua n adik dok sembang-sembang.Mungkin diaorang pun faham umie tengah sedih n cuba nak ceriakan keadaan.OTW balik ada ketika teringat kat en.suami,mata mesti bergenang air mata.Umie tengok je kat luar n cuba ingat benda yang boleh buat umie happy. 

Bila sampai rumah, lebih kurang pukul 11.30 umie ok lg.Masuk je dalam bilik terus je air mata ni mengalir laju.Rasa sayu je bila masuk dalam bilik.Terus teringat en.suami.Masuk bilik mmg tak keluar-keluar.Rasa serba tak kena.pukul 3 baru kluar makan nasi.Masa makan,bergenang je air mata ni.Tringat bila makan dengan en.suami.Habis makan terus sembahyang.Sambil berdoa ,mengalir air mata ni.Lepas 2,baring-baring.online fb,Blogwalking blog-blog TTC sambil-sambil main game utk lupakan kesedihan ni.Tapi, tetap tak boleh.Segalanya sentiasa bermain difikiran.Bila teringat je mesti nangis.Bila nangis ,teringat en.suami pernah pesan kt umie . "kalau nak nangis ,jangan nangis sorang-sorang.tunggu abg ada baru nangis.boleh abg pujuk."ayat ni boleh buat umie tersenyum sorang-sorang. Tapikan,ape ayg nak buat abg..abg xde,n ayg tak mampu nak tahan tagisan ni sampai abg balik nanti.sebab tu ayg nangis sorang-sorang.

Lepas asar,duduk dalam bilik sorang-sorang.Main game n online kat laptop,buka tv n pasang lagu kat henset.Sambil layan lagu buat umie lupakan seketika kesedihan ni sampai la magrib.Pergi mandi.sambil mandi pun teringat en.suami.mengalir lagi air mata ni.Lepas siap2 mandi,sembahyang magrib.Masa berdoa lagi la lebat air mata ni mengalir. lepas sembahyang magrib umie baca yassin. bila baca yassin,umie rasa tenang je.xde ingat sangat kat en.suami.kul 8 lebih makan nasi,sambil 2 dengar kuliah magrib kat surau depan rumah.Leoas makan ,umie sembahyang isyak.,lepas smbhyg isyak,main game jap.rasa mengantuk sangat seolah-olah dah pukul 11 malam.Bila tengok jam,baru pukul 8.50 malam.Awal lagi... Jadi sementara masih awal,ambil peluang update blog.Lagipun umie sunyi n sedih.tek tahu nak cerita kat sapa.Tngok kat fb pun xda orang yang boleh sharing online,jd umie ambil peluang luahkan kat blog ni,.Sambil menaip ni pun air mata mengalir laju.nak tulis,tapi pada masa yang sama teringat pada en.suami..Mata pun dah bengkak sebab menangis.Belum sampai 24 jam terpisah dah jadi rindu sangat-sangat.Nak msj xboleh,nak call lagi la tak boleh.

Saturday 29 September 2012

Sekadar perkongsian..

Malam ni en.suami keje malam...Esok pagi baru blik..Nasib baik la tinggal dgn mak mertua,kalau x mmg tinggal sesorang smpai pagi esok..Hehe...
Umie dah kawen hampir 2 tahun.20/11 ni genaplah ulang tahun perkahwinan bersama en.suami yang ke 2...Alhamdulillah kami masih bahagia bersama walaupun masih belum memiliki cahaya mata..

Sebelum Kawin dulu xpernah nk pikir pun pasal anak ni..Tengok orang lain mcam senang je mengandung,bila dah kawin baru tahu susahnye nk bg mengandung...Baru 1,2 bulan kawin xde la pikir sngt pasal anak.Tapi kalau boleh tu mmg nak anak cepat2..Jd umie n en.suami pun mula la berusaha nak dapatkan baby.Siap kira waktu subur,search dalam internet  cara2 nak bg cpt hamil ni.Copy,paste n print,siap buat mcm folio lg.Sama2 baca n amalkan dgn en,suami.
Lepas 2,ada jmpa dalam majalah wanita tntg urin ovulation test ttp hasilnya masih -ve.

Lepas 4,5 bulan kawin orang dah mula bertanya xda pape lg ke..Jwb je la xda rezeki lg..Dalam hati,hanya Allah je yang tahu..Bla en.suami blik keje,sharing2 ngn en.suami.suami ckp sbr la syg.Dan xda rezeki kta lg nk buat mcm mana.InsyaAllah nanti da la rezeki kita.. En.suami mmg memahami.
Lepas 6 bulan kteorg kawen,anak jiran belakang rumah pula kawen.2 orang sekali.N dua2nya bunting pelamin.Senangnye lekat.Kdg2 tertanya2 juga,knp bukan aku...En.suami ckp,bukan rezeki kita syg.
Btl 2,bukan rezeki umie n en.suami ttp rezeki jiran kteorg..Sabar je lah..
Bulan 7/2011 abg en.suami iaitu abg ipar umie kawen n 3 bulan lepas 2,isterinya disahkan hamil...Mmg sedih sngt..Nak buat mcm mana dah bukan rezeki.Semasa dpt berita 2,mak mertua yg bgtau,Mak mertua ckp"abg dah nk dpt baby,hampa(bhs utara merujuk kpd umie n en.suami) bila lagi.Masa 2 hanya Allah je yang tahu perasaan ni.Mmg terus berubah muka,nasib baik masa 2 tngk makan kuih kt meja,mak mertua kt dapur.Terus je en.suami genggam erat tangan umie n jwb xda rezeki kami lg mak...Saber je la...Bila masu bilik mmg nangis sugguh2 dalam pelukan suami.Nasib baik en.suami ada utk menenangkan diri ini....

Lepas 8 bulan kawen umie n en.suami cuba p Pusat Pakar Wanita BM.Ada kawan suggest sbb dia dulu pun susah lekat jugak,tp lepas pergi kt situ,Alhamdulillah berhasil.So,kteorang berdua pun cuba la pergi.mula2 skali Dr scan n ambil darah utk check kesuburan.Jd lepas scan,Dr ckp ovari bengkak.Bla tny sbb bengkak,Doc ckp disebabkan hormon.Lepas result ujian darah keluar Doc cakap tahap kesuburan rendah.
Doc nk bg Clomid tapi dia ckp kna bg hilang bengkak dl.Jd Doc bagi ubat ape tah untuk hilangkan bengkak.Doc bg tarihk temujanji next month.Tapi lepas makan ubat 2,period lewat 10 hari padahal setiap bulan period xpernah mis n lmbt pun.Masa 2,ingatkan dah ada isi.Tapi hampa...
Bla pergi scan alhamdulillah bengkak dah xde.So Doc bg Clomid 5 biji.Mkn hari ke2 period.
Tapi bulan seterusnya period tetap datang mcm biasa..Masih xde rezeki lagi...

Nnt umie smbung lg cerita dalam entry seterusnya.Dah penat menaip.Panjang sngt ceritanya.Lagipun skrg dah hampir jam 1 pagi dah..Time to sleep...zzzzzzz.......Gud Nyte all....

Thursday 27 September 2012

Hari ini



Malam ni sekali lg umie keje petang(3ptg - 11 mlm).Kalu ikut jadual mmg keje petang pun.Dah cari orang utk ganti tetapi xda yang dapat ganti di sebabkan ada program luar hari ni.Bulan ni 2 kali kena keje petang.2 minggu lepas 1 kali n hari ni 1 kali lagi.

Balik pukul 11 mlm ni,dlm kul 11.45 baru sampai rumah.Jd,sementara nak tido 2 mmg pkul 12 lebih juga lah..Nk iron baju lg.Esok keje WP mcm biasa.Tp en,suami shif pagi(7 pg- 3 ptg pula.

Sambil dok sesaja ni mula la update blog n bermuka buku.Tapi xda yang best pun kt muka buku ni.Tah apa2 dorg update status.Umie je jarang2 sangat update status.Bukannya apa,tak tau nak update apa.Jadi biarkan je la mcm tu.

Sori la ye.Gambar kt atas tu xda kaitan pun dengan entry ni.Sj je nk share.

Saturday 22 September 2012

Sj je

Ni la pemandangan masjid zahir pada waktu malam...Pic ni dah lama aku ambil...Time blik kampung beberapa bulam yg lepas... sj je g kluar jenjalan ngn en.suami..
Slalunya tiap2 bulan  aku blik kpg.Tp sjak en.suami kena keje shif ni dah hampir 2 bulan xblik kampung..Rindu sngt.terutama skali pada buah hati aku Danisya...Anak abang aku..



Ni la pose time kluar dgn aku hari tu...














Thursday 13 September 2012

Bos dah marah

       Dah banyak hari tak update blog ni...Kt rumah xboleh nk update sbb broadbang xbayar lg...Terpaksa lah update kt tempat keje..Nasib baik line internet ok ,kalo tak langsung la tak boleh nk update.

        Hari ni tak tau la knapa,bos xda 2 minggu gi kursus..Br blik mlm tadi.Ari ni ble masuk pjbt abis smua kna smash.Malang btl la.Sepatutnya meeting pg tadi ,meeting biasa-biasa je.Meting nk sampaikan pesanan dr HQ je..Blik2 ada lak staf x masuk meeting..So,sesi berleter berjalan hampir 1 jam..Tahan telinga je la dengar.Padahal sorg dua je yg xmasuk td..Itulah kata pepatah "kerana nila setitik ,habis susu sebelanga".Sabo je la ye..Dah nasib badan.Hehe...Tadi bos cakap,hari isnin ni plak cuti dibekukan sbb nk buat persiapn terakhir sebelum "kp" datang.Jd kna la datang keje cam biasa.Baru je berangan nk blik kg minggu ni.Al maklumlah cuti 3 ari n kebetulan plak sama dgn cuti en,suami.So,cadang-cadangnya lepas zohor boleh la blik kg,sbb hari ni en.suami keje malah,eok kul 7 br blik.Mst nk tdo dl.Nampaknya xboleh la nk blik kg esok...

      Skrg time rehat boleh la relax..Jap gi nk kna edit buku program plak.Yg aku dh buat bos ckp ok,tp dia xnk background warna 2.Suruh tukar warna merah.So,td mula la menggoogle image cari wallpaper yang sesuai..Dah dapat beberapa gambar.Nnt suruh bos pilih sendiri yg mana dia nk,baru la aku buat semula.Xde la kna buat bnyk2 kali..

Tuesday 11 September 2012

Keje petang.......

Hye...Assalamualaikum wbt...
Hari ni keje petang lak....Boring betol la.Keje sors2 lak 2...Kalo keje normal lg best da ramai member2.Bila keje prg,mcm ni laa..Sorg2 smpai kul 11 mlm nant...Huhu...Minta2 mlm ni xda klien dtg..Senang keje aku..Tapi xpe..Sementara ni bleh je tngk2 tv n online fb..xde la boring sangat..
Tadi ,on the wai dtg keje ada dengar ceramah kt radio Kedah Fm..Best jugak ustaz 2 bagi ceramah..Tentang berkasih sayang..Katanya kita sebagai orang yang beriman sepatutnya berkasih sayang sesama insan.Tak kira lah siapa pun orang itu..Panggilan kita pada seseorang juga menunjukkan kasih sayang kita kepada orang lain.Ustaz 2 juga ada cakap pasal menghargai zuriat kita...Sayangilah mereka kerana mereka adalah anugerah Allah yang tidak terhingga.Sekiranya pasangan yang masih belum dikurniakan anak oleh Allah itu adalah kerana Allah tidak mengizinkan kita untuk mempunyai anak..Jadi jangan salahkan diri kita.Walau usaha mcm mana sekalipun sekiranya Allah tidak mengizinkan xkan berjaya...Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.Yang pastinya jangan cepat putus asa..Usaha itu tangga kejayaan..Sesungguhnya Allah menguji diri kita..

Thursday 6 September 2012

Aku....

Duduk sesaja ni...mula la nk online fb...Maklumlah time rehat..Tgh2 online nampak status member2 dah nak dapat baby...Sayu je rasa.Rasa cam nk nangis pun ada...Masing2 ckp pasal due masing2..Aku je blum dapat peluang nk jd mummy lg walaupun dah hampir 2 tahun kawin..Member2 baru je kawin dah lekat...Mungkin blum ada rezeki aku lg...Hanya orang senasib aku je yang faham...Aku tawu ramai lagi kt luar 2 yang kawin lg lama pd aku lum dpt baby lg...Itukan dugaan dari Allah...Bersabar..

Monday 3 September 2012

First Entry

Assalamualaikum Wbt...Hye semua...Nama saya Umie..Berasal dari alor setar kedah...Skrg ni tinggal n bekerja di Penang.Dah kawin dah...Hehe...
Sebenarnya saya baru mula berjinak-jinak dengan blog ni..Tak tahu nak post ape..tngk blog orang lain cam best je...Mcm2 ada..Saya ni br je blajar buat blog..Masih merangkak2 lagi...Sj je nk berblog pula..Lagipun kt sni boleh sharing mcm-mcm hal...
Time boring-boring 2 leh la jengah2 kt sni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...