Selamat datang ke blog saya..Segala apa yang terdapat dalam blog ini hanyalah sekadar perkongsian dari diri ini

Sunday 9 December 2012

Sibukkan diri untuk

09/12/12
Hari ni dah 7 hari en.suami kat ipoh..Perasaan rindu memang membuak-buak dalam diri ni.Tapi nak buat macam mana, terpaksa la tanggung sorg-sorg..Harap-harap en.suami kat sana pun sama..Saling merindui antara satu sama lain.Rindu...rindu...rindu sangat..

Pagi tadi keje..Jd xda la ingat sangat kat en.suami.Tapi dalam pukul 1 lebih dah mula touching-touching...huhu..Sebak je rasa..Teringat kat en.suami.Keje stanby je.Jd xde keje nak buat.Mengadap komputer je.Main game,blogwalking TTCian n berfacebook pun xda hilangnya rasa boring, jg teringat la dkt en.suami.Selalunya kalau keje hari cuti,time boring mmg akan mesej2 dengan en.suami.Tapi tak boleh nak mesej.Nak tido,mata lak tak nak lelap...ape la nasib...

Lepas blik keje kul 3 makan nasi dl.Pas2 lepak-lepak dalam bilik.. Tapi teringat kat en.suami.Tetiba je rasa sebak n terus nangis sorang-sorang..Huhu...sambil tu online fb.Tngk adk ipar tengah online.Terus je msj adik ipar..Luahkan segala yang terbuku dihati dekat adik ipar..Lega sikit rasa..Adk ipar bg kata-kata semangat. Alhamdulillah perasaan ini semakin okey..Dan tenang...Lepas tu cuba untuk tidur jap,untuk tenangkan diri ni.Tapi tak berjaya tido.Entah kenapa mata ni langsung tak nak pejam.Pasang lagu,tapi tak boleh ilangkan teringat kat en.suami..

Lepas tu,terus bangun turun bawah.Tengok tv kat bawah,padahal dalam bilik pun ada tv..Bukannye apa,kalau duduk sorg-sorg mesti teringat kat en.suami.Bila tengok tv kat bawah rasa okey siikit sbb boleh sembabg-sembang ngn mak mertua n adik ipar.Jd xda la ingat sangat..Tengok Oasis.Best juga tengok motivasi bersama dr fadhilah kamsah n Prof Muhaya...Lapang rasa minda ni dengar motivasi..Seterusnya, basuh baju..Relax-relax jap..Mandi n solat magrib..Lepas tu sidai baju..Abis sidai baju,tengok berita TV1..
Pukul 8.00 layan bola..Tapi mula-mula tengok rasa sakit hati je..Siapa yang tengok msti tau kan kenapa...Terus tak jadi tengok bola..

Mak n ayah pergi surau..Masuk bilik, iron baju untuk dua hari...Tetiba je rasa rajin nak iron baju mlm-mlm..
Sejak en.suami tak ada memang perasaan malas menguasai diri..Bju iron pagi-pagi time nak pegi keje..Baju berlonggok tak basuh,Bilik tak berapa nak kemas.Alhamdulillah hari ni mcm ada semangat baru..Habis semua buat...Basuh baju,kemas bilik n iron baju mlm-mlm ni...Tengah-tengah iron baju tetiba je rasa sakit pinggang...Nape tah...Masa nak tunduk tadi rasa mcm nak jatuh je...Huu...kenapa ni?Mungkin buat bnyk benda kot...Lg best,petang semalam umie basuh kereta sendiri...Perkara yang tak pernah dibuat dalam hidup ni...Pecah rekod tu..Selalunya bab basuh kereta ni memang keje en.suami.Kalau en.suami tak basuh sendiri, dia hantar carwash je...Terbaiklah..

Lepas selesai semua tu,lepak dalam bilik, layan Cinta Halal kat TV3...Dah dua kali tengok dah pun,tapi naak tengok gak..Sebab crita tu lawak sikit..Jd xda la boring sangat... Hari ni dah dapat satu jalan,cara nak lupakan seketika perasaan rindu tu...Iaitu sibukkan diri..Tak kisah la buat ape pun..Jaji dapat sibukkan diri...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...