Selamat datang ke blog saya..Segala apa yang terdapat dalam blog ini hanyalah sekadar perkongsian dari diri ini

Friday 7 December 2012

Sekadar perkongsian


Entry ni adalah sambungan dari entry sekadar perkongsian .Selepas ambil clomid xde hasil lg.Doc ada bg acid folic,pyridoxine-10 & EPO sebagai tambahan untuk kuatkan rahim n suplement.Lepas 2,3 bulan umie stop dulu treatment dgn doc 2 sebab masalah kewangan.

Lepas tu,kebetulan mak ayah member ada pergi haji,jadi minta kirim belikan buah zuriat.Nak cuba.Mana tau ada hasilnye.Lepas diaorang balik mekah diaorang cuma sedekahkan buah zuriat tu untuk umie.Diaorang memang tak mahu ambil duit langsung.Niat nak tolong katanya.Jadi mula la operasi merebus buah zuriat..Mula-mula sekali buka en.google cari cara nak rebus buah zuriat.Maca-macam cara ada.Ada yang cakap rebus sabut saja,ada yang cakap rebus isi saja,ada yang cakap rebus isi dan sabut sekali.Lepas bincang dengan en.suami,jadi keputusan yang diambil rebus isi dan kulit sekali.Nak buka buah 2 pun dah siksa.Kulit buah zuriat tu memang keras sangat.Sampai en.suami ambil parang n lesung batu untuk ketuk parang tu.Lama juga la baru berjaya.Jadi mula la operasi merebus buah zuriat.Lepas rebus,air jadi mcm air teh.Bau air tu boleh tahan juga la..masa nak minum memang umie kena tutup hidung.Tapi en.suami selamber je minum.Macam xda bau ape-ape pun.En.suami cakap bau air tu ok je.Lain orang lain caranya..

Lepas tu umie n en.suami pergi umah sorg ustaz kat kapala batas.Ramai member cakap ustaz tu bagus.Ramai yang pergi jumpa ustaz tu dah preggy.Jadi en.suami ajak umie pergi rumah ustaz tu.Ustaz tu buat air.Minum setiap malam sebelum tidur n ambil sikit sapu kat perut setiap hari sampai air tu habis.Banyak kali jugak pergi kat ustaz tu,tapi belum ada rezeki lg.

Lepas stop jumpa ustaz tu,umie pergi jumpa sorang bidan kat kg umie.Ni pun kakak ipar yang bgtau.Jadi umiebalik kampung pergi jumpa bidan tu.Dia check rahim.Dia cakap xda masalah.Senang lekat katanya.Lepas tu,dia buat air,minum 1x sehari,gula-gula,makan 1biji sehari,sireh pinang 3 piak(helai daun sireh yang dilipat dengan pinang dan kapur).Makan 3 hari berturut-turut,ambil air sireh tu dan sapu kat perut dan belakang.En.suami la mangsanya untuk sapu kat belakang, n minyak.Minyak tu gunakan untuk sapu kat perut & belakang.Sekali lg en suami jd mangsa.Lepas beberapa kali pergi masih xda rezeki lg,jd umie sstop dgn makcik tu.

Lepas tu,umie pergi kat bapa kawan abang umie dekat Sik.Kawan abang yang bagi tau.Sepupu umie pun pergi kat situ jugak.Sepupu umie 7 tahun kawin tapi belum ada anak lagi.Lepas pergi jumpa bapa kawan abang umie tu, Alhamdulillah terus lekat.Setiap tahun preggy.Skrg ,sepupu umie tu dah 3 orang anak.
Jadi umie pun pergi jumpa org tu.Dia buat guna buah kelapa hijau.3 biji.1 hari minum 1 biji.Lepas pergi situ pun belum ada rezeki lg.

Lepas tu umie pergi mengurut kat padang serai,member yang bgtau pasal ni.Sebelum tu,ada jugak cadang kat en.suami untuk cuba mengurut.Mana tau kot-kot ada rezeki.Jadi pergi mengurut 3 hari berturut-turut.Hari first pergi mengurut,akak tu cakap badan umie banyak angin n rahim terlalu tinggi.Jadi dia akan urut untuk turunkan semula ke tempat yang sepatutnya.Akak tu ada bagi makjun.katanya dibuat daripada pokok subur.Lepas pergi n makan makjun tu pun masih belum da hasil..

Dan yang terakhir umie n suami pergi jumpa sorg ustaz di Kulim.Member dah kawin 3 tahun tapi belum ada anak pergi jumpa ustaz tu alhamdulillah ,isterinya dah berjaya preggy.Dia yang suggest.Jd umie pun pergi.Mula2 ustaz tu check dulu sama ada ,ada gangguan  daripada makluk halus ke tak.Ustaz tu check umie,tapi xda masalah.Check en suami n cakap kemungkinan ada gangguan.Ustaz tu dah buangkan gangguan tu n bagi air untuk mandi 3 hari berturut-turut n minum.Ustaz tu suruh umie minum sekali untuk check sekiranya terdapat gangguat yang tak dapat dikesan.Alhamdulillah tiada apa-apa gangguan.Baru sekali pergi jumpa ustaz tu,en.suami pula kena pergi training keje kat ipoh.Jadi terhenti la dulu treatment dengan ustaz tu.Lepas en.suami pergi training mmg umie n suami stop dulu usaha nak preggy ni.Tunggu sampai en.suami abeh training dulu..BUat masa sekarang umie masih makan EPO sahaja.Lepas ni nak cuba Set Kesuburan Al Khishbun.Mana tau ada rezeki.Tak salah mencuba.Lagipun usaha tangga kejayaan.












2 comments:

  1. Asslamualaikum umie,mama doakan umie tak ptus asa dlm berusaha ye...mama dlu pun mcm umie gak..sna sni dah mengurut,bergelen2 dah air yg bidan buatkan mama minum.tapi tak ada hasil gak,thun ke7 perkhwinan bru tebuka hati nak berubat kat klinik swasta..Alhmdullah clomid circle ke2 baru behasil..tpi Allah lebih syangkn anak mama.dan skrng ni nak tunggu rhim btul2 pulih dlu bru nak on clomid blik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Wbt mama...Terima kasih sudi meinggalkan jejak di blog umie ni...Sampai sekarang umie memang tak pernah putus asa dan sentiasa mencuba..Umie juga doakan agar mama tabah menghadapi dugaan dari Allah..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...