Selamat datang ke blog saya..Segala apa yang terdapat dalam blog ini hanyalah sekadar perkongsian dari diri ini

Tuesday, 4 December 2012

Hari ke 2- sunyi n sedih

04/12/12
Hari ke 2 tanpa en.suami disisi.Hari ni bangun pagi je teringat kat en.suami.Mata pulak bengkak..hehe... Mana taknye semalam dari pagi sampai malam asyik nangis je.Rasa malas je nak pergi keje.Rasa mcm nak cuti je.Tapi kalau ambil cuti lg la teringat kat en.suami. al-maklumlah duk rumah xde keje dari pagi sampai petang.So,terus g mandi n siap-siap pegi keje.Dalam pukul 7.10 keluar rumah,sampai tempat keje dalam pukul 7.45 pagi.Lepas punch card,menung kejap dalam kereta,lepas tu terus pergi morning meeting.

Dalam meeting pulak kena smash dengan member pulak.Geram betul rasa hati ni.Sebak je rasa.Bangang betul la.Dah tau aku tengah sedih boleh dok buat lawak bodoh pepagi buta.memang spoil mood aku la... Pagi-pagi dah sakitkan hati aku.Suka hati aku la,laki aku nak tinggal aku ker,aku kena tinggal ke,lantak la.yang kau dok sebok sangat pasal aku buat apa.Aku tak kacau hal kau punnnnnnnnnnnnnnnnnn...
Buat sakit hati je pagi-pagi...

Habis meeting,pergi buat SKT kat pjbt.OTW nak masuk pejabat ada lagi yang smash aku pasal tu.Aku tak kacau korang pun la.Hati dah mmg bengkak,mmg betul-betul sebak.Masuk bilik duduk je diam,tahan sebak didada,member datang duduk depan n cuba cakap something.Terus je aku nangis depan kawan aku tu..Tapi kawan aku tu mmg pandai pujuk..Dia berjaya buat aku ketawa dalam tangisan.Terima kasih kawan.Kau lah kawan aku yang terbaik yang selalu ada di sisi aku setiap kali aku perlukan kawan.Kau dah berjaya buat aku tersenyum sepanjang hari ni...Aku sayang kau..hehe..

Tadi petang balik keje,terus on laptop.Sebab nak lupakan sedih ingatkan en.suami.Terus je layan ISTANBUL AKU DATANG...Best...n...sedih...Ada situasi yang sama dgn situasi aku.Sambil layan crite tu sambil layan feeling..hehe..ada kala terdiam,ada kala tersenyum sorg-sorg.

Malam ni pula,layan cerita mimpi cinderella kat tv 3.Tiap-tiap minggu mesti tunggu.sambil-sambil layan crita tu ,ambil peluang update blog.Skrg jam menunjukkan pukul 10.03,nak iron baju n terus tido.Sejak en.suami xde ni,mmg dah azam nak tido awal.Kalau boleh pukul 9 dah nak tido,tapi belum berjaya lg.paling lewat pun pukul 11 malam kot...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...