Selamat datang ke blog saya..Segala apa yang terdapat dalam blog ini hanyalah sekadar perkongsian dari diri ini

Monday, 17 December 2012

Akukah yang bersalah

Tengah makan nasi,tetiba tersentap terbaca 1 mesej dalam enset bapa mertuaku...Tu pun gara-gara mak mertua minta tlg bacakan mesej.Ada 2 mesej belum dibaca..1 Adik ipar antar no akaun bank n 1 lg dia bgtau top up dah dapat...Bila keluar tetiba je nampak 1 lg msj yang dah dibaca kat bawah 2..Tetiba je gatal tangan nak buka...Memang tersentap kat situ..Terhenti kejap makan nasi.Terus je rasa kecil hati,sentap,sedih sayu,sebak,bergenang air mata ni..Otak menerawang entah ke mana..Macam-macam tanda tanya n persoalan yang xada jawapan bermain di fikiran...Mak mertua ada kat tepi,jd teruskan makan nasi walau rasa terpaksa je nak telan.Terus kawal perasaan ,buat macam xda pape berlaku.Makan sampai abis... sembang-sembang dengan mak mertua sambil tengok tv.Lepas tu mak mertua pergi sembahyang... Relax-relax jap kat bawah.Pastu terus je naik atas masuk bilik.Duduk kejap.Air mata ni yang tak sabar-sabar je nak menitik tadi ,terus je menitis..Mungkin salah aku sebab baca mesej tu..Sebab tu aku jadi macam ni.Tapi aku lagi terasa bila adik ipar aku sendiri antar mesej macam tu kat bapa mertua aku..Memang aku betul-betul sedih..Dia boleh cakap terus dengan aku kalu tak puas hati ke ape ke..tak perlu nak luahkan tak puas hati dia kat bapa@mak mertua aku...

Kes ni terjadi minggu lepas...Adik ipar aku mesej aku nak pinjam kereka hari ahad nak pi Perlis.Nak p ambil diploma dia..Katanya nak p ambil member kat Gurun, n terus p Perlis..Masa dia mesej aku ada kat bawah.2x dia mesej.Memang aku tak sedar mesej tu sampai.Dalam pukul 10 lebih,masuk bilik,tapi tak tengok enset pun.Mengadap laptop dulu.Tetiba da mesej masuk.Adik ipar aku yg lg sorg mesej bgtau yang adik ipar aku yang lg sorg ni nak pinjam kereta mlm tu sampai esok nak p perlis.Katanya dah siap bgtau bapa mertua aku pasal tu n bapa mertua aku benarkan...Kalau korg la kan...apa korg rasa??? Mungkin bagi sesetengah org memang tak da masalah..Bagi je la kan...

Tapi aku tak bg..Masalahnya,hari ahad tu aku kerja..Kalau aku bagi,macam mana aku nak pergi kerja.. Lepas tu aku pikir-pikir balik...Hari Ahad,ada ke pejabat buka kat Negeri Perlis?????Konfius aku...Boleh caya ke..Lg 1,yang aku tak bagi sebab,masa suami aku ada pun dia pernah minta pinjam sebab nak ada hal nak kna pergi Alor Setar,tapi suami aku tak bagi..Suami aku tak bagi pun sebab perangai adik ipar aku tu juga...Sebelum ni,adik ipar aku pernah minta pinjam kereta nak p kedai disebabkan hujan...Waktu malam masa tu...Masalahnya dia cakap pergi kejap je,tapi tak balik-balik...Keesokan harinya kenduri umah mertua aku..Aku la kawin pada masa tu...Cuba bayangkan,orang nak guna kereta,tapi dia tak balik-balik lg... Dah la telefon tak angkat-angkat...Dalam kul 10 baru dia balik rumah..Bila tanya ,dia jawab dia tido rumah kawan dia..Dengan perasaan tak bersalah je dia jawab...Sepatutnya pukul 10 pagi ,suami aku dah kena ada butik pengantin.Siap-siap pakai baju pe semua...Tapi dalam kul 11 baru sampai.Aku kul 9 dah g butik..Nak mekap lg,mst la lambat...So,aku bajet,aku siap, suami aku sampai,boleh terus balik rumah aku skali,sblum rombongan bertolak g kenduri sblah lelaki...Bila telefon.cakap otw...kena 5x,terus aku call abg asu suruh ambil aku kat butik...Mmg aku dah naik angin.Cakap tak serupa bikin...Tapi taknak bgtau sebab apa lambat...Tu semua,budak tu punya hal...Sejak tu memang suami aku tak pernah bagi adik ipar aku pinjam kereta dah..Jd,bila suami aku tak da ni,aku jadi serba salah..Nak bagi ke tak..Kebetulan minggu lepas aku kerja hari ahad.Jd, mmg aku tak bagi la..Dengan alasan aku kerja...

Disebabkan aku tak bagi la yang jadi kes yang kat atas skali tu...Aku ke yang salah?Rasanya kesalahan aku hanyalah baca mesej tu je..Mesej yang membuatkan aku jd terguris,tersentap,kerkedu...Membuatkan aku rasa,siapalah aku dalam rumah ni bila suami aku tak ada...Baru 2 minggu dah macam-macam..Tak termasuk lg dengan masalah yang memang sedia ada dalam kepala otak aku ni...Masalah yang membuatkan aku buntu seketika...Apa yang harus aku lakukan???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...