Selamat datang ke blog saya..Segala apa yang terdapat dalam blog ini hanyalah sekadar perkongsian dari diri ini

Monday, 3 December 2012

Sunyi & Sedih

03/12/2012
Hari ni first time terpisah dengan en.suami..Rasa sunyi n sedih sangat..Tak tahu nak luah kt sape..Hari ni en.suami lapor diri training keje kat ipoh.4 bulan setengah kat sana..2 bulan pertama langsung tak boleh balik.Lg 2 bulan boleh balik ujung minggu..Tapi bkn setiap minggu la.Hanset pulak tak boleh bawa..Lagi la rasa sunyi hati ni..

Sebelum pergi,1 minggu en.suami ambil cuti.Setiap hari antar umie pergi keje n ambil.Minggu lepas mmg jd bos la...Mmg betul-betul dimanjakan oleh en.suami..Lepas keje mesti pergi jalan-jalan.Cakap je nak pegi mana,terus en.suami bawakan,xde banyak soal..Bab makan lg la...sebut je mst dapat punya...Mentang-mentang la nak tinggal bini...Hehe..Sampaikan semalam pun kluar jugak n en.suami blanja makan pizza hut..Dah lama request,n en suami janji nak blanja sblum p training akhirnya semalam baru dapat.itu pun secara tak sengaja.Hari sabtu en.suami bawa pergi sunway carnival mall cari pizza hut.tapi xde.last2 shopping kat parkson n giant.Jd dah lupa la pasal pizza hut tu..Semalam kluar cari perfume.pergi tesco SP xde,so pergi Giant SP,lepas beli perfume tu ,sj la jalan-jalan window shopping.Tetiba ada nampak pizza hut.Terus ckp dkt en.suami.en.suami angguk je..dah janji kan...Best jugak la..


Pagi tadi kul 5 dah bangun,siap-siap dalam pukul 6.15 terus bertolak g ipoh.Dalam 2 jam sampai la.Yang ikut skali g antar adik ipar a.k.a driver time balik,bapa mertua,adik ipar bongsu n umie..OTW p mmg dah rasa sebak.Tak tahu nak cakap mcm mana.Sebak sorang-sorang atas kereta tapi bolih control lg..Sampai kat tempat lapor diri lebih kurang pukul 8.15.Laju jugak la en.suami bawa..Time ni perasaan masih boleh kontrol lg.Relak je.Dah lapor diri,dengar taklimat waris n masa nak balik...Mula-mula boleh kontrol lagi.Bila salam dngn en suami n en suami kiss pipi mmg tak boleh nak tahan..Air mata ni laju je turun.Lepas tu memang umie dah tak tengok muka en.suami. Umie tak mampu nak hadapinya.Terus pergi kt tepi.en.suami datang kt blakang pegang tangan umie n pujuk umie.Lagi pujuk,lagi la menangis.Memang dah tak boleh tahan nangis. En.suami cakap "abg pergi tak lama,abg buat semua ni untuk ayg juga..n dot...dot...dot.." umie angguk je.Dah tak mampu nak cakap apa-apa.Mmg umie dah tak tengok en.suami masuk.Umie tak mampu nak hadapi.

Lepas tu terus masuk dalam kereta,peluk bantal kuat-kuat.adik ipar yang drive.Umie mmg dah tak boleh nak drive.Time dalam kereta ,umie dah ok dah.bapa mertua n adik dok sembang-sembang.Mungkin diaorang pun faham umie tengah sedih n cuba nak ceriakan keadaan.OTW balik ada ketika teringat kat en.suami,mata mesti bergenang air mata.Umie tengok je kat luar n cuba ingat benda yang boleh buat umie happy. 

Bila sampai rumah, lebih kurang pukul 11.30 umie ok lg.Masuk je dalam bilik terus je air mata ni mengalir laju.Rasa sayu je bila masuk dalam bilik.Terus teringat en.suami.Masuk bilik mmg tak keluar-keluar.Rasa serba tak kena.pukul 3 baru kluar makan nasi.Masa makan,bergenang je air mata ni.Tringat bila makan dengan en.suami.Habis makan terus sembahyang.Sambil berdoa ,mengalir air mata ni.Lepas 2,baring-baring.online fb,Blogwalking blog-blog TTC sambil-sambil main game utk lupakan kesedihan ni.Tapi, tetap tak boleh.Segalanya sentiasa bermain difikiran.Bila teringat je mesti nangis.Bila nangis ,teringat en.suami pernah pesan kt umie . "kalau nak nangis ,jangan nangis sorang-sorang.tunggu abg ada baru nangis.boleh abg pujuk."ayat ni boleh buat umie tersenyum sorang-sorang. Tapikan,ape ayg nak buat abg..abg xde,n ayg tak mampu nak tahan tagisan ni sampai abg balik nanti.sebab tu ayg nangis sorang-sorang.

Lepas asar,duduk dalam bilik sorang-sorang.Main game n online kat laptop,buka tv n pasang lagu kat henset.Sambil layan lagu buat umie lupakan seketika kesedihan ni sampai la magrib.Pergi mandi.sambil mandi pun teringat en.suami.mengalir lagi air mata ni.Lepas siap2 mandi,sembahyang magrib.Masa berdoa lagi la lebat air mata ni mengalir. lepas sembahyang magrib umie baca yassin. bila baca yassin,umie rasa tenang je.xde ingat sangat kat en.suami.kul 8 lebih makan nasi,sambil 2 dengar kuliah magrib kat surau depan rumah.Leoas makan ,umie sembahyang isyak.,lepas smbhyg isyak,main game jap.rasa mengantuk sangat seolah-olah dah pukul 11 malam.Bila tengok jam,baru pukul 8.50 malam.Awal lagi... Jadi sementara masih awal,ambil peluang update blog.Lagipun umie sunyi n sedih.tek tahu nak cerita kat sapa.Tngok kat fb pun xda orang yang boleh sharing online,jd umie ambil peluang luahkan kat blog ni,.Sambil menaip ni pun air mata mengalir laju.nak tulis,tapi pada masa yang sama teringat pada en.suami..Mata pun dah bengkak sebab menangis.Belum sampai 24 jam terpisah dah jadi rindu sangat-sangat.Nak msj xboleh,nak call lagi la tak boleh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...