Selamat datang ke blog saya..Segala apa yang terdapat dalam blog ini hanyalah sekadar perkongsian dari diri ini

Sunday, 19 May 2013

Set Permata Hatiku


Cerita ini diambil dari blog http://honeykiut.blogspot.com @ Coretan K.A.M.I..Sekadar perkongsian untuk rakan2 TTCian semua

Lepas je kejadian Ectopic Pregnancy tu, serius aku mmg rasa fobia. Risau kalau mengandung semula, ektopik jadi lagi. Hband suh rest lama. Tapi, aku bgtau hband kalau lama sgt rest, faktor umur pulak. Makin meningkat umur, peratus kesuburan lak makin rendah. Tambahan pulak aku cuma tinggal sebelah je tiub. Jadi aku ambil keputusan utk hamil semula selepas 2 thn pembedahan itu. Dalam masa yg sama, aku cuba gak rawat rahim aku supaya subur dan supaya tiub lagi sebelah x bermasalah. Mula-mula aku makan produk Nona Roguy. Minum akar herbanika ngan madu. Pastu ambik phytonatal. Dalam 1-2 bln gak lah dok menelan. Dlm masa yg sama aku tanya pakcik Google :) kot2 ada produk utk kasi subur dan mendapat anak tanpa bermasalah. Aku jumpa produk khasiat bumi trading. Nama produk tu Set Mendapat Anak. Tapi skg dah tukar nama. Set Permata Hatiku. Barulah sedap sikit nak sebut. Apa yg buat aku rasa nak cuba sebab dalam khasiat set tu ada mengatakan utk elak kehamilan luar rahim. Selain berdoa, x salah utk aku berusaha.
Ni rupa produk tu....

Packaging baru yang lebih cantik serta meyakinkan

Tapi dulu masa aku beli, x de jual mcm ni... Skg box pun dah cantik, cuma kalini suami isteri kene makan. Masa dulu, aku hanya beli utk aku je...lagipun hband x de masalah so malas ler nak suh dia mkn. Lagipun org lelaki bukan suka mkn2 benda mcm ni. Botol masa dulu2 pun x cantik mcm la ni...cuma harga dulu lebih murah dari skg tapi sesuai lah ngan packagingnya... :)

Set ni utk kegunaan sebln. Dekat 2 set gak aku guna baru lekat. Tiub pun tinggal sebelah makanya x dptlah aku agak bln yg mana aku subur. Sebab, aku hanya subur 6 bln dalam setahun berselang seli. Paham ke ye?? Camni, katakan bln ni aku subur, bln depan aku x subur. Mana x nya, camna ovum nak kuar klu jalannya x de??? Hanya ovum di tiub lg satu je dpt jenjalan sementara menunggu kehadiran Sperma heheheh :). 
Bln pertama cuba, x lekat. Period dtg aku frustt sesangat. Masa ni barulah aku mengerti perasaan seorg wanita yg inginkan anak. Aku berdoa dan bersyukur kerana Allah masih memberi aku peluang mempunyai 2 org anak sebelum Ektopik. Aku berdoa bersungguh2 supaya Allah memberikan peluang sekali lagi utk aku merasai manisnya pengalaman hamil dan bersalin. Aku memohon ampun agar kesilapan serta dosa-dosa aku diampunkan. Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku. Bln ke 2 aku try set tu, akhirnya aku hamil semula. Walaubagaimanapun, perasaan takut kembali lagi. Risau embrio x dok dlm rahim. Terus aku ingat balik Doc penah pesan klu hamil semula cpt2 scan utk mengetahui kedudukan janin. Bukan apa jika x de dlm rahim boleh bertindak awal tanpa perlu melakukan pembedahan. Hanya menggunakan teknik Laparoscopy.
Nanti aku citer pengalaman scan lak.

Botol yang lama
Berikut adalah Ciri-ciri Set Permata Hatiku :
1 botol kapsul C-Hat Ceria untuk isteri
Mengandungi 40 Biji Kapsul
Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia(MAL 08021520 T)

    Kandungan :
  • (Terung kemar)
  • (Mas cotek)
  • (Dukung anak)
  • Lakum (Ubi Kertas)

  • Khasiat :
  • Menambah Kesihatan Wanita. Ini Kerana Wanita Lebih Mudah Hamil Apabila Kesihatan Dalam Keadaan Baik.
  • Membersih dan Menyuburkan Rahim. Apabila Keadaan Rahim Bersih Dan Subur, ianya Dapat Menghindari Bakteria Yang Boleh Mengganggu Proses Kehamilan.
  • Menguatkan rahim untuk memastikan kandungan kukuh
  • Melegakan keputihan dan senggugut
1 botol kapsul Lelaki SP untuk suami
Mengandungi 60 Biji Kapsul
Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia(MAL 07124654 T)

    Kandungan :
  • Radix Polyathia Bullata (Tongkat Ali Hitam)
  • Radix Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali)
  • Radix Smilax Myositiflora (Ubi Jaga)
  • Radix Jackie Onata (Aji Samad)

  • Khasiat :
  • Menambahkan tenaga lelaki
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Melegakan lenguh-lenguh badan
  • Mengekalkan kesihatan lelaki
1 botol kapsul L-Hir untuk isteri &
1 botol kapsul L-Hir untuk suami

Mengandungi 60 biji kapsul setiap botol
Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia(MAL 08080420 T)

    Kandungan :
  • (Chasteberry exstract)
  • (Lobata)
  • (Red Clover)
  • (Ginseng)
  • (Mas Cotek)

  • Khasiat :
  • Merangsang hormone testosteron dan progesterone
  • Menstabilkan hormon wanita
  • Menghasilkan sperma dan ovum (benih perempuan) yang berkualiti
1 pamplet penerangan cara penggunaan Set Permata Hatiku
Aturan makan:

Langkah 1
Isteri ambil kapsul C-Hat Ceria, 10 hari sebelum tarikh period..(habiskan walau pun dah period) Pada masa yang sama, suami ambil kapsul Lelaki SP.

Langkah 2
Setelah kering haid, suami dan isteri ambil Kapsul L'Hir sebotol setiap seorang.


P/S: Apa pun kita memang digalakkan berusaha selain Tawakal dan Doa kepada Allah yg Maha Pemberi. InsyaAllah. Yakinlah dengan doa kita serta jangan lupa bersangka baik dengan doa kita kepada Allah yg Esa.     


Sumber : CORETAN KAMI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...