Selamat datang ke blog saya..Segala apa yang terdapat dalam blog ini hanyalah sekadar perkongsian dari diri ini

Showing posts with label rawatan. Show all posts
Showing posts with label rawatan. Show all posts

Tuesday, 5 August 2014

Result HSG & Sperm Test

Assalamualaikum wbt

Appointment 26 Mac 2014 jam 8.30 pagi. Hari ni untuk check sperm En.suami n Jumpa Doktor sekali..Disebabkan sehari sebelum tu en.suami kerja ,jadi pagi 26.03.14 tu baru gerak balik Alor Setar.Sampai je terus g Hospital. Seperti biasa, Umie masuk daftar dulu n En.Suami g parking.Kt HSB ni mmg susah dpt parking.. Dalam pukul 9 baru dipanggil.Kena g buat Sperm test dl..So,kena masuk 1 bilik skali ngn suami utk suami keluarkan sperm..Mesti ramai dah tau kan..Hehe..Tp En.suami keluarkan sendiri je tanpa bantuan Umie..Sorry la 18Sx skit.. Lepas tu bg kt pegawai yg nk buat test sperm.Katanya lg 1 jam akan dapat result..

G kt kaunter depan & bgtau semula utk jumpa Doktor..Sementara tunggu result kitaorg g makan dulu kat kafe..Lapar dari pagi xmkn lagi.Sempat minum je kat rumah. Oder milo n roti bakar je..Kongsi ngn suami..Lepas tu g lepas kat laluan menuju kecemasan.Banyak kerusi menunggu kt situ.Lepas hampir 1 jam masuk balik kat Klinik Pakar O&G.Rupanya no dah dipanggil..Cepat la pulak siap result.Katanya 1 jam.Xsampai 1 jam dah siap..

Seperti biasa,setiap kali mesti kena timbang..Berat masih sama 53kg...Huhu..nk maintain balik 50 xdapat-dapat lagi..Lepas tu masuk jumpa Doktor..Result umie Tube kanan block.Tube kiri normal n lain2 semua normal.Ujian darah hari kedua period pun normal. En.Suami pula low sperm.Hanya 9 juta je.Normal biasanya 22 juta.Dari 9 juta Hanya 4% yg aktif n result Doktor ckp sngt teruk..Susah nak mengandung secara normal @ iui kerana peluang sangat2 rendah.Hanya IVF je peluang agak tinggi. Masa ni memang tak tahu nak kata apa.Terdiam.Pandang muka masing-masing..Doktor pun ada cakap kemungkinan faktor kurangnya sperma & minta ubah apa yang boleh diubah,Seperti berhenti merokok.En.suami mmg seorang perokok.Dah banyak kali suruh stop.Tapi xhenti2 jugak..Tak tahu nak buat apa..
 Doktor bagi tarikh untuk ujian sperma kali kedua 6 minggu lagi pada 11 Mei 2014 untuk tengok result kali kedua .Doktor tak nak buat kesimpulan dari hanya sekali test. 

Lepas dapat Appoiment terus balik.Sementara En.suami g ambil kereta Umie tunggu je kat Tempat menurunkan penumpang..Sampil jalan keluar kepala ni pikir ape pun xtau..Sambil tnggu En.Suami ternampak sebuah van datang dan berhenti menghalang jalan.Seorang lelaki turun bergegas membuka pintu van.Turunkan sorg kanak2.Mungkin anaknya & seorang perempuan mengendong bayi..Bila tengok situasi tu tetiba je air mata mengalir.Umie pun tak tahu kenapa.Rasa sedih,sayu tetiba je datang.

Dalam kereta memang diam je.Dalam kepala dok pikir nak belikan supleman untuk suami.Alang -alang umie ahli Shaklee kan.So pikir nak belikan Vitamin E n Zink untuk suami.Set kesuburan lelaki..Dalam dok pikir tu,en.suami tanya ada tak suplemen Shaklee untuk kesuburan lelaki..Disebebkan xsempat pergi branch umie kirimkan je dari leader shaklee Umie.Dia poskan terus ke rumah.. Start dari tu memang en.Suami hari-hari makan.Zinc sebiji waktu pagi n vitamin e sebiji waktu malam.Tak pernah miss.Alhamdulillah..Konsisten ja.Selalunya susah nak konsisten..

Saturday, 1 March 2014

2nd Appointment O&G (HSG done)

Assalamualaikum wbt

Hari ni umie nak ceritakan pasal 2nd appointment di klinik pakar O&G HSB.Seperti entry sebelum ni umie ada ceritakan pasal appointment untuk x-ray HSG dan sperm analysis pada 24/2/14.Tapi disebabkan pegawai untuk Sperm analysis ada kecemasan,tarikh untuk p\sperm analysis terpaksa di tunda..Tapi x-ray HSG masih diteruskan.Dapat panggilan dari HSB untuk batalkan appointment pun dah jam 4.30petang 23/2/14.Keesokanya sy diminta berjumpa dengan JM Asma untuk dapatkan tarikh appointment baru.

Hari appointmen,pukul 8.55 baru sampai hospital..seperti biasa umie terus ke klinik pakar O&G,suami pula cari parking.Punya la susah nak cari parking kat HSB ni. Sampai je kat klinik pakar O&G,punya la ramai org..Umie terus ke kaunter n bg surat untuk HSG kat kaunter..Lepas baca surat tu,umie kena buat UPT dulu..Lepas UPT daftar semula kat kaunter,akak kat kaunter tanya keje swata ke gomen..Umie jawab Gomen..Ada bawa GL x?Alamak..Baru teringat kena bawa GL.Memang terlupa sangat-sangat..Tapi disebabkan guna aplikas HRMIS dah xda masalah.XTak bawa GL pun xpe..GL online je melalui HRMIS.Mudah kan sekarang.Lepas tu,umie diminta tunggu kejap.

Sambil tunggu,dok pikir mcm mana HSG ni..Sblum ni tak terpikir pun.Sempat lagu,buka enset n google prosedur HSG.Tak sempat baca sampai habis ,nama dah dipanggil..Terkejut juga..2,3 kali panggil br umie bangun..Mcm tak percaya je..Hehe..Nerves punya pasal..Ikut nurse g bahagian X-Ray kat sebelah klinik pakar..Umie n suami ikut je..Sampai kaunter xray.Nurse daftarkan.Terus masuk ke dalam..Umie ikut je.Almaklumlah, pertama kali tu..Gerak masuk sampai la kwsn yg agak sunyi skit..Nurse bagi no suruh tunggu situ..Tunggu lah dengan en.suami..

Tak lama lepas tu,nurse panggil masuk bilik x-ray..Suruh tukar baju & pakai baju hospital n jng keluar lg..Nurse panggil baru keluar.Umie pun tak tau kenapa..Lepas tukar baju hospital umie tunggu je.Dengan aircond yg betul2 sejuk..Sampil otak ni dok pikir pasal HSG ni.Rasa takut pun ada sebab selalu dengar pengalaman kt blowalking n kwn mmg ada yg sakit time buat HSG..Ada yg time buat xsakit, lepas tu baru sakit..Takut pun ada..Huhu..  Takut sakit..padahal tak tau pun ape yg akan jadi....Tak lama lepas tu nurse pun panggil masuk bilik xray..Ada 4 org semuanya dalam bilik tu..Nurse sorg,Juru xray sorg,doc pelatih sorg n lg sorg doc O&G..Semuanya perempuan.

Masuk je umie kena baring atas katil xray..Doc datang n perkenalkan diri..Nama  Doc Nadia.Sangat baik orangnya.Sekali tengok sebijik mcm Adibah Noor..Haha...Nasib baik tak gelak kat situ..Dalam hati mmg ketar n takut masa tu..Doc Nadia terangkan sikit n mulakan prosedur HSG tu..Sebelum suntik cecair tu,doc bgtau akan rasa senak sikit.n itu perkara biasa.Memang masa doc suntik tu,ada rasa senak sikit..Masa ni mmg bertambah takut..Dalam hati dok istighfar,selawat n zikir banyak2..Sambil2 tu ada dengar doc sembang dgn nurse..Sblah kiri ok,sblah kanan tak nampak pula..SO,umie kena mengiring ke kanan..Lepas tu doc cakap,saya cucuk ubat utk bagi tiup fallopio relax sikit..Kena cucuk kat tangan,xsampai  5 saat umie dah rasa kelat kt lidah..Cepat betul ubat tu..Lepas tu doc suntik lg cecair tu..Lepas dah se;esai semua,keputusan tak rasmi,tiub sebelah kanan tersumbat. 26/3 ni jumpa Doc semula untuk keputusan.Doc ckp mungkin akan keluar merah2 sikit.

Lepas tukar baju ,g semula ke klinik pakar O&G jumpa JM Asma untuk set semula tarikh temujanji untuk sperm analysis.Asalnya tarikh 12/3 dah jumpa doc..tp tukar ke 26/3 sekali dengan en.suami.Nurse tanya kalau nak mc..Umie cakap tak perlu sbb dah ambil cuti..Tp nurse ckp lepas ni tak payah ambil cuti,kalau mai nanti ambil mc je.dia kata rugi  cuti nnt..hehehe.. Nurse bgtau,balik nnt kalau sakit mkn panadol 2 biji.

En.suami ajak g mkn ikan bakar ,Umie pula,rasa takut.Takut sakit je..Dalam hati mmg risau giler.. Lepas makan xda rasa pape pun..G alor setar mall,tengok wayang..Hehe..Dah lama tak tengok wayang..Tengok Robocop.Sambil beli tiket dok pkir,mcm mana kalau sakit time tengok wayang..Seraut kepala pikir.Tapi layan je..Sampai habis wayang pun xda rasa apa.So,umie pkir mmg takkan sakit kot..Alhamdulillah..sampai balik rumah n sampai sekarang xda rasa apa2 langsung..Merah2  pun xkeluar langsung..Alhamdulillah..

Thursday, 12 September 2013

1st appoiment O&G

Assalamualaikum wbt

2minggu lepas umie dah pergi jumpa Doktor Sara untuk dapatkan surat refer ke O&G HSB.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancarnya.Masa scan,Doktor Sara bgtau rahim semuanya ok,xada fibroid,xda cyst.Mmg lega sangat.Dulu masa scan ada cyst kat ovari.Skrg dah ok.Tp xtahu lg mcm mana kat dalam sbb belum buat tvs..Tapi dah rasa lega.Mungkin ni sebab dah beberapa bulan makan suplement dari shaklee.Umie makan GLA complex & Alfalfa complex dari shaklee & mkn pati delima Gulsan.

Minggu lepas surat  refer dah dihantar kpd SIL n Ibu baby Danish dah tolong ambilkan tarikh appoiment iaitu pada 08/01/2014. SIL bgtau tarikh , terkejut juga sbb lambat lg.Pt SIL bgtau dia punya appoiment pun sama juga.Jadi bersabar je lah.Bgtau en.suami,dia xkisah sangat.En.suami ikut je.Jadi kitaorg relax je.

 Petang tadi SIL call bgtau ibu Baby danish tanya,nak x g jumpa dia kat O&G HSB setiap hari Rabu dalam bulan ni.Sbb dalam bulan ni dia ada kat klinik O&G.Bulan depan xpasti lagi kena kat bhgn mana.Jadi ada 2x lagi la dalam bulan ni.So,xpyh tunggu 08/01/2014 dah..Rsa mcm nak melompat je.Mana tak nya,dapat btl2 awal..Hehe..Tapi umie ckp kena tanya en.suami dulu.Sbb nak kena apply cuti kan.

Lepas 2,terus call en.suami,bincang punya bincang.Keputusan diambil,akan g jumpa Ibu baby danish pada hari rabu minggu terakhir 25 September 2013.Rabu minggu depan xboleh.Ada hal.. Lepas 2 ,cepat2 cal SIL untuk cormfirmkan tarikh dengan ibu baby Danish. Jadi appoiment telah ditukarkan ke 25 September 2013.
Alhamdulillah...

Thursday, 5 September 2013

Tak ada cyst,tak ada fibroid

Assalamualaikum wbt

Hari khamis minggu lepas umie pergi jumpa doctor Sars kat klinik. Mulanya cadang nak pi sendiri je.Keluar awal senang sket..Lepas 2 jumpa member,umie ada tny pasal doktor Sara..Member ckp,xpyh susah susah hari Khamis mmg dia nak g klinik untuk antar darah.So ,dia ajak p dgn dia je..Semuanya dia uruskan.Dari ambil number,buat kad,timbang n sampai masuk jumpa doktor..Sampai kat klinik dah pukul 10.30. Orang dah penuh kat dalam klinik 2..Disebabkan member umie tlg, jadi dapatlah masuk awal.. Hehe.. Potong Q..Truk tol..Dah la tumpang p dgn kenderaan jabatan, potong  Q plak 2..Sabar je lah..

Masa jumpa dotor Sara ,sembang-sembang kejap.Doktor Sara tanya beberapa soalan.Lepas 2 doktor Sara nak scan..Apa yang happy nya. Lepas scan smua doktor Sara cakap,rahim semua ok..Xda cyst,xda fibroid..Mmg buat umie happy la..Dulu masa g scan doc cakap ada cyst..Skrg dah xda.. Tapi xbleh happy sngt...Itu baru scan biasa..Nanti baru nak g check secara menyeluruh di HSB..Surat refer pun dah dapat.Dah antar kat kakak ipar untuk dapatkan tarikh apoiment kat HSB..Ibu baby Danish yang tolong dapatkan tarikh 2..Masih menanti tarikh skrg ni..

Saturday, 24 August 2013

Semuanya bakal bermula sekali lagi

Assalamualaikum wbt
Hari Sabtu minggu lepas 17 Ogos kat rumah ada buat sedikit kenduri arwah untuk FIL serta kenduri doa selamat untuk adik ipar yang dapat sambung belajar..Yang dijemput penduduk taman ni ,saudara terdekat dan juga kawan-kawan yang rapat je..Jadi abg2 umie n kakak ipar dari alor setar semuanya datang..Kakak ipar bawa anak asuhannya Danish..Ibu baby Danish ni Doktor O&G kat Hospital Sulanah Bahiyah.Jadi senang la nak tanya apa2..Umie minta kakak ipar tlg tny pada ibu Danish cara nak buat rawatan kat HSB.Yang membuatkan umie nak buat rawatan kat HSB sbb doktor kat bhgn O&G smuanya perempuan.Jadi memudahkan lah,sbb en.suami x benarkan buat rawatan dgn doktor lelaki..Lepas dah tanya ,ibu baby Danish kata perlu surat refer dl.Tak kisah la dari klinik kesihatan ke hospital ke.

Jadi pergi kerja hari isnin,umie pergi jumpa kawan yang juga berTTC.Dia buat buat treatment di H.Sbrg Jaya.Dia pernah cakap ,dia dapatkan surat refer dari dokter locum yang datang ke CCRC Kg Selamat.. Jadi Umie tanya dia mcm mana dia dapatkan surat refer..Kebetulan hari yang umie tanya tu,doktor  Sarah datang.Jadi terus umie perg sembang dengan doktor sarah berkaitan surat refer..Alhamdulillah doktor Sarah sangat baik..Seronok bersembang dengan doktor Sarah.Doktor minta Umie datang ke klinik berjumpanya pada minggu depan..Hati ni memang dah berbunga2..

Hari Jumaat balik dari kerja terus ke Branch Shaklee Penang untuk ambik stok untuk customer.. Alhamdulillah rezeki bulan ni. Dah mula dapat customer.Walaupun tak banyak tapi cukuplah buat permulaan. Sebelum ni ambil Vitamin Shaklee untuk diri sendiri je,skrg dah mula untuk orang lain pula..Semoga lepas ni customer akan bertambah lagi..InsyaALLAH..Dalam perjalanan pergi sembang dengan en.suami tentang nak buat treatment kat HSB n en.suami pun dah bersetuju..Semuanya bakal bermula sekali lagi  tidak lama lagi.Semoga dipermudahkan.Minggu depan umie akan berjumpa Doktor Sarah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...