Selamat datang ke blog saya..Segala apa yang terdapat dalam blog ini hanyalah sekadar perkongsian dari diri ini

Monday 1 July 2013

1st day lapor diri

Assalamualaikum wbt

Hari ni 1st day lapor diri di tempat kerja baru.Berdebar-debar rasanya nak g kerja pagi tadi.Ye la,umie sorg je perempuan.Yang lain semua lelaki.Lg 1,tak tau nak g mana,nak duduk kat mana..
Walaupun ini bukan kali pertama ke CCRC tapi tetap rasa berdebar-debar.
Mana tak nya,sebelum ni p ke CCRC pun sebab lawatan n bla ada program je.Kali ni pergi bagi memulakan tugas di CCRC..Pasti berbeza kan.Kerja kat tempat lama lain cara nya,kerja kat tempat baru mesti la lain caranya.Apa-apa pun semuanya dah selamat melaporkan diri di CCRC..Memang terbaik servis yang diterima bermula dari pintu depan,bahagian pentadbiran,pengarah dan juga kakitangan yang lain.Cepat n pantas..

Dari perhimpunan pagi n morning meeting 90% berbeza dari PUSPEN@CnC BM yg dulu..Lain sangt..Kecut perut tengok..Haha..Mcm teruk sangat je kan..Sebenarnya xda pape pun.Cuma cara yang berbeza je.Yang pasti Penolong pengarah(pemangku pengarah) yang sporting.Tuan Mahazan.
Dengar sesi taklimat dari Tuan Mahazan pun membuatkan diri ini teruja.Kalau tuan Mahazan yang jadi bos CnC memang terbaiklah.

Berbalik dari tahu keputusan penempatan secara sementara, hati ni dah berdebar-debar dah.Macam mana nanti kat CCRC.Macam-macam dah terbayang dalam kepala ni.Serabut gak..Ye la,tempat baru la katakan..Siap ngadu kat en.suami lg..Huhu..Nasib baik en.Suami memahami n banyak bg support. Trima kasih abg..

Pasal pertukaran ni juga,malam tadi siap termimpi-mimpi lg.Tak tahu la sebab ape.Excited ke,takut ke,umie pun tak pasti..Jalan critanya pun umie tak ingat sangat .Yang pastinya pasal terlewat bangun ada hari 1st lapor diri.Kelam-kabut jadinya.En.suami yang disalah kan..Hehe..Tak pasal-pasal jadi mangsa.Padahal en.suami bukannya ada kat rumah pun.Nun jauh di Ipoh..Bila terjaga tengok jam baru pukul 4 pagi..Awal giler..Padahal tempat keje baru dekat je ngan rumah..Bangun pukul 7.30 pun sempat lg nak mandi,iron bj,siap2 n g kerja.Mana taknya buka tingkap depan dah nampak tempat keje..Memang betul-betul dekat..Bertuah badan ye..

Walaubagaimanapun esok kembali ke tempat kerja lama sehingga hari Jumaat..Hari Selasa secara rasminya bertugas di tempat baru.Penangguhan yang dibenarkan hanyalah 1 minggu sahaja..Terima kasih Tuan Mahazan kerana meluluskan penangguhan ini.Tuan Mahazan cakap kalau nak 2 minggu hantar permohonan ke HQ..Silap hari bulan apa pun xdak...Jadi,ambil lah peluang yang ada.

Apa-apa pun setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..Yang pasti terima dengan hati terbuka.Kalau ada umur yang panjang pasti akan bertemu n berkerja bersama semula 2 tahun dari sekarang dengan izin ALLAH.
InsyaALLAH

3 comments:

  1. dalam tempoh penangguhan,umi telah kehilanggan FIL yang tercenta pada 3.7.2013...takziah..umi kena banyak bantu MIL umi dalam menghadapi kehidupan.almaklumlah hilang tempat bergantung,banyak rintangannya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...