Selamat datang ke blog saya..Segala apa yang terdapat dalam blog ini hanyalah sekadar perkongsian dari diri ini

Monday 10 June 2013

Hari ini

Assalamualaikum wbt

Selamat malam semua..Hari ni dah CD 25.Tanda-tanda Cik P nak datang dah ada dah..Mungkin xda rezeki lg bulan ni..Jadi kena la teruskan usaha..Sejak semalam lg,emosi umie mmg dah tak stabil..Rasa betul-betul xda mood..Mesej dengan en.suami pun dah rasa malas sangat n rasa xda mood nak bermesej..Mesej pun rasa terpaksa sebab nak jaga hati en.suami..Tak nak la en.suami tahu mood kelaut..Cian en.suami..Xpasal-pasal terkena tempias..Hehe..Tapi bila dah mesej-mesej sampai tengah malam mood dah kembali okey..Teruja pula nak bermesej-mesej..Sambil gelak-gelak sorg2..Nak buat macam mana teman bergelak berada jauh dimata..

Semalam en.suami ada di Pengkalan Hulu..Hari ni pula bertolak ke Tasik Banding..Pagi tadi sebelu ke Tasik Banding sempat lagi bergayut sakan..Al maklumlah kat Tasik Banding xde line..Jadi sebelum p sana bergayut lah dulu puas-puas..Bila dah sampai sana tiada call n tiada mesej sehingga hari rabu..# hari 2 malam di tasik Banding..Semoga semuanya selamat..

Hari ni pula kerja macam biasa.Semangat nak pergi keje mmg keluar awal dari biasa.Semunya gara-gara cuti sekolah dah berakhir n sekolah dah buka.Jadi memang jalan akan jem..Keluar awal sebab nak elakkan jem,tapi tetap sangkut juga dalam jem..Dah nasib badah..Sabo je lah.Tapi sampai awal juga..OTW pergi kerja dengar hot chat Hot FM..Tajuk"Lelaki Pergi Satu Kedai Beli Sepuluh Barang,Perempuan Pergi Sepuluh Kedai Beli Satu Barang"..Adakah anda setuju?????Jawablah sendiri ye..Hanya anda je yang tahu.

Hari ni sampai tempat keje simpan barang,terus p siapkan statistik harian untuk 3 hari..Member yang selalu buat bercuti n lg sorg kerja petang,jadi umie yang tolong buatkan..Kerana dapat maklumat yang salah dari pos utama membuatkan pening seketika..2,3 kali semak semula buku log pun masih sama.Terus umie p kat Pos utama n check sendiri kat buku log KGB..Lepas dah semak,rupanya member salah bg maklumat..Buang masa betul..Lepas dah siap n fotokopi terus g hantar kat org yag sepatutnya..Masa 2 meeting baru habis,member bgtau umie dalam meeting ada bincan pasal skirting n lapik meja dining hall..Baru minggu lepas aishaHafiz sebut pasal 2,arini dah meletup dalam meeting..Org yang sepatutnya buat pula xda dalam meeting 2..Dah sebulan org yg patut buat 2 cakap nak buat.Tapi ape pun xde..Cakap je lebih..Last2 ada sorg staf lelaki diarahkan untuk beli kain n pasangkan..Dia datang jumpa umie n tanya pasal 2.Umie cakap semua dah ada,tapi org yg bertanggungjawab 2 xbuat lg..Cakap je nak buat..Jd staf lelaki tersebut minta tlg umie buatkan..Xda masalah la..Bukan susah sangat pun.Cuma terasa juga la degan org yang sepatutnya bertanggungjawab buat 2..Dah la xbuat alih-alih umie kena buat..Sabar je lah.Dah la pasal 5S pun masih tunggang langgang.Tambah lg satu keje..Bos minta buatkan MPK pun xsiap-siap lg..Tension betul..
Jadi sejak pukul 11 pagi tadi misinya adalah siapkan skirting n lapik meja tersebut sampai la pukul 5..Dalam pukul 3.50 bos datang bilik sbb member yang baru balik umrah ada bawa sedikit buah n air zam-za.Sambil makan n sembang-sembang bos tegur umie,buat ape 2?Buat skirting meje dining hall..Eh,org yg patut buat 2 xbuat ke?? Dengan senang hatinya umie jawab.."Sy kan xde kerja,sbb 2 sy selalu buat kerja org.."Penuh makna..hahaha..Teruk betoi la umie ni..Ada ke patut jawab mcm 2 kat bos.Nasib baik la bos sporting..So,separuh dah siap,esok nak wat kedut2 kat bahagian atas je.Lepas tu dah siap.

Hari ni juga member umie yang g umrah dah masuk kerja..Dua minggu xjumpa rindu plak rasa..Hehe..Siap peluk cium..OPSSS...Terlebih sudah...Hehe..Dok sembang-sembang pengalaman kat makkah n madinah membuatkan hati ni rasa melonjak-lonjak nak p ke tahan suci..Tapi rezeki belum sampai lg..InsyaALLAH mudah-mudahan suatu hari nanti akan sampai ke nasa juga..Member umie ada ambil video masa kat sana.Bila tengok semua video yang ada..Subhanallah..Cantiknya..Teringin sangat nak p..Sebelum member pergi sana umie minta tlg doakan supaya umie segera dikurniakan zuriat..Amin..mudah-mudahan dimakbulkan..Selain tu juga umie minta tlg member belikan serbuk debunga kurma ,buah zuriat & sedikit air zam-zam.Semuanya dah dapat siang tadi..Syukur sangat-sangat..Lepas ni akan cuba untuk berikhtiar menggunakan serbuk debunga kurma n buah zuriat pula..Semoga dipermudahkan oleh ALLAH SWT.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...