Selamat datang ke blog saya..Segala apa yang terdapat dalam blog ini hanyalah sekadar perkongsian dari diri ini

Monday 7 January 2013

Dugaan Allah

Sebagai seorang manusia kita memang tak boleh lari dari ujian Allah.Tak kira lah siapa pun kita,ujian Allah pasti ada.Ujian Allah datang dari pelbagai bentuk dan cara.Begitu juga dengan diri kita yang sedang TTC.Sebagai seorang manusia yang normal,sihat dan berkeluarga pasti kita inginkan zuriat yang soleh dan solehah.Tetapi Allah memberikan kita ujian iaiti lambat memperolehi zuriat walau dah berkahwin bertahun-tahun.Sebagai umat islam kita seharusnya terima ujian ini seikhlas hati dan berusaha tanpa berputus asa..

Beberapa hari lepas ketika umie blogwalking blog member-member TTC,Terjumpa 1 blog ni zirahalim.
Rakan kita ni juga seorang TTC.Dugaan yag diterima pemilik blog ni amatlah berat.Pemilik blog ni pernah keguguran sebanyak 3 kali..Dan yang paling menyayat hati dan membuatkan saya menangis,setelah kehilangan bayi yang dikandung, pada pertengahan bulan 11/2012 pemilik blog ini kehilangan suami yang dikasihi kerana dijemput ilahi..Alfatihah buat arwah suami ziraf\halim...Begitu besar dugaan yang diterima oleh pemilik blog ini..Namun ketabahan Zirahalim untuk meneruskan hidup tanpa suami disisi tetap kuat..Sedangkan sy yang terpisah dengan en.suami buat seketika pun tak tentu arah dibuatnya.apatah lagi jika saya kehilangan suami buat selama-lamanya.Tak dapat saya bayangkan apa akan terjadi pada diri saya dalam meneruskan kehidupan ini...Semoga tabah dalam menghadapi dugaan Allah Zirahalim.Alfatihah buat arwah..

5 comments:

  1. ye lah umie..mama pun baru je kemarin tebace blog zirahalim tu...kagum sgt dgn ketabahan zira tu...benarlah..Allah takkan menguji diluar btas kemampuan hambanya..lain hamba lain dugaanya...kita slalu rasa ujian kitalah yg pling berat,dan slalu tak sedar yg sbenarnya ujian kita lngsung tdk seberapa dngan insan2 lain di luar sna..mama pasti zira tu seorang yg sgt kuat..InsyaAllah semuanya pasti ada hikmahnya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 la..Rasa sayu je..Bila baca blog tu buat umie semakin bersyukur dengan ujian Allah ni..Ujian yang umie terima masih tak seberapa berbanding orang lain...

      Delete
  2. setiap orang pasti ada ujiannya.. kena sentiasa kuat..pasti ada hikmah di sebalik apa yg berlaku..

    ReplyDelete
  3. waaa... thanks... sebahagian dr kekuatan datang dr blog juga. Bila berblog dan dapat semangat dr blogger lain secara tak langsung dapat menguatkan diri saya. Sepanjang masa dgn tgk blog lain dapatlah ceriakan diri dgn cerita orang. Doakan saya mampu lalu semua ni sebab 'nak atau tak' terpaksa juga saya laluinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..betul tu zira..Kadang2 bila kita betul2 down,blogger lain dapat naikkan semangat kita..Dikala kita sedih@kita happy pasti rakan2 blogger sentiasa bersama kita...Sy tahu awak mampu laluinya...Dengan blog ni,sedikit sebanyak dapat buat awak lupakan kesedihan ni buat seketika..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...